Seorang pemandu wanita sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Batu 5, Jalan Gombak apabila tiba-tiba dikejutkan dengan hentaman cermin tingkap sebelah kiri dan ragutan beg tangan miliknya dalam satu insiden yang pantas.

Kejadian berlaku pada 2 Julai kira-kira jam 9.37 pagi oleh dua orang peragut bermotosikal dan insiden ini telah dirakamkan oleh ‘dashcam’ dari kereta mangsa.

Fudhail Anwar Nua/Facebook

Rakaman insiden berkenaan telah menjadi tular di laman media sosial dan pihak polis sedang menjejaki dua suspek ini setelah satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa sebaik sahaja insiden berlaku. 

Dalam rakaman ini, dua orang lelaki dilihat sedang menunggang motosikal mereka dari arah belakang dan kemudian telah berhenti di sebelah kiri kereta mangsa.

Secara tiba-tiba mereka dengan tangkas telah memecahkan cermin tingkap tempat duduk penumpang bahagian hadapan dan meragut barang milik mangsa yang diletakkan di bahagian itu.

Fudhail Anwar Nua/Facebook

Penjenayah ini telah meragut beg tangan milik mangsa yang mengandungi dokumen dan barangan berharga di dalamnya. Mangsa berkata, dia menjadi tergamam buat seketika kerana kejadian berlaku dengan amat pantas.

Fudhail Anwar Nua/Facebook

Oleh kerana kereta ini sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat dan terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, mangsa hanya mampu melihat penjenayah terbabit merompak barangan berharganya dan memerhatikan mereka berlalu pergi dengan begitu sahaja.

Fudhail Anwar Nua/Facebook

Pihak polis telah mengesahkan insiden terbabit dan kerugian wanita ini dianggarkan kira-kira RM2,000. Siasatan sedang dijalankan menurut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan berkumpulan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua suspek ini diminta melaporkan ke balai polis berhampiran.

Fudhail Anwar Nua/Facebook

Para pemandu dinasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya dengan sentiasa peka akan kehadiran peragut dan perompak yang kini berada di mana-mana sahaja. Sila letakkan barangan berharga anda di tempat selamat yang tidak boleh dicapai oleh peragut licik yang sentiasa meninjau peluang dengan niat jahat mereka.

Lihat rakaman video di bawah:

Fudhail Anwar Nua/Facebook

Fudhail Anwar Nua/Facebook

Sumber : Fudhail Anwar Nua/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular