Musim buah durian datang lagi! Bagi penggemar durian pasti tidak akan melepaskan peluang untuk makan durian. Dari satu gerai ke satu gerai lain yang menjual durian pasti akan diterjah untuk mendapatkan durian yang elok dan harga berpatutan.

RAHMAD SURYADI/AFP/Getty Images

Baru-baru ini penulis ada ke pasar untuk membeli buah-buahan tempatan barang satu dua jenis. Mata penulis melilau melihat begitu banyak pilihan dan tiba-tiba terhenti pada satu papan tanda di bahagian buah durian. 

3 biji durian dijual dengan harga RM100. Dalam hati penulis terdetik ‘amboi, macam jual baju pula, 3 pasang RM100.’ Sudahnya penulis tidak beli pun durian tersebut kerana dirasakan terlalu mahal.

Benar, harga buah durian tersebut mahal mungkin disebabkan gred buah durian tersebut. Namun, pasti ada durian dengan gred yang sama yang boleh diperoleh dengan harga yang berpatutan.

Tidak disangka rupa-rupanya ada penjual durian yang menipu timbangan. Perkara ini telah pun didedahkan oleh pegawai DBKL dan video tersebut tular hingga mencetus pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Pegawai tersebut menimbang sebiji durian dengan menggunakan dua alat penimbang yang berbeza. Ternyata berat yang ditunjukkan oleh kedua-dua alat penimbang tersebut tidak sama malah jauh bezanya!

Antara perkara yang tidak diketahui pembeli mengenai penipuan timbangan buah ialah penjual telah menukar atau mengubah suai spring lembut dalam alat penimbang yang menyebabkan timbangan menjadi semakin berat.

Saksikan rakaman pendedahan timbangan durian dalam video berikut:

Sebelum membeli durian, kita perlu menitikberatkan beberapa perkara seperti:

  1. Berat – Jangan mudah tertipu dengan buah yang berat. Biasanya buah durian yang ringan mempunyai isi yang lebih banyak. 
  2. Bentuk – Buah durian yang lebih berbentuk bulat dikatakan mempunyai lebih banyak isi.
  3. Duri – Durian yang mempunyai duri yang lebih pendek dan rapat antara satu sama lain mempunyai isi yang lebih padat.
  4. Kulit – Jika ternampak tompok hitam pada buah durian, usahlah membelinya kerana mungkin ada isi durian yang rosak.

Semoga dengan sedikit tips ini dapat membantu kita memilih durian yang baik. Tidak salah jika kita bersikap terlalu memilih kerana tidak berbaloi jika kita membayar buah durian dengan harga yang mahal walhal sebenarnya kita telah ditipu secara terang-terang.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular