Kipas siling cenderung untuk menjadi semakin perlahan setelah lama digunakan dan menukar kipas yang baharu bukanlah satu pilihan yang bijak kerana penukaran itu akan melibatkan kos yang tinggi.

Walau bagaimanapun, ramai yang masih belum tahu bahawa kita boleh ‘menghidupkan’ semula kipas siling dengan kos serendah RM 5.00 sahaja. Bayangkan dengan kos rendah, tetapi seperti kipas baharu!

Ini cara yang dikongsi oleh Akhie Ayie melalui Facebook.

Cara-caranya begitu mudah. Anda hanya perlu lakukan 6 langkah ini sahaja:

1. Buka bahagian penutup bawah kipas mengikut arah lawan jam untuk mendapatkan kapasitor kipas.

2. Buka klip berwarna putih (rujuk gambar di bawah) agar kedua-dua bahagian boleh terpisah.

3. Setelah berjaya membawa turun bahagian bawah kipas itu, cabutkan kapasitor kipas (unit yang berwarna hitam dan disambungkan dengan wayar berwarna merah dan kelabu).

4. Gantikan kapasitor lama dengan kapasitor yang baharu. Jika sebelum ini kipas anda menggunakan kapasitor 2.0, anda boleh juga menggantikannya dengan kapasitor 2.5 untuk kelajuan kipas yang lebih tinggi.

5. Kemudian, tutup dan pasangkan semula skru penutup kipas berkenaan.

6. Akhir sekali, sambungkan semula klip yang dicabut sebentar tadi dan pasangkan semula bahagian bawah kipas itu dengan kipas di siling.

Selamat mencuba!

Akhie Ayie/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular