Menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia, apabila tertera ‘jangan buang sampah di sini’ pasti ada juga sampah dibuang di tepi kawasan berkenaan.

Mungkin budaya masyarakat kita yang kurang berdisiplin dan tidak acuh dengan perkara sedemikian dan menganggap membuang sampah di tempat sepatutnya sebagai tidak penting.

ChinaPress

Terbaru, satu video tersebar di laman sosial menampilkan seorang lelaki dalam lingkungan 20-an sedang menyapu sampah di sekitar kawasan kompleks membeli belah terkenal di Sandakan, Gentingmas Mall sambil ‘menggayakan’ vest yang ditulis ‘kutu sampah’.

Memetik Facebook Suara Warisan Sabah lelaki berkenaan bukan pekerja majlis perbandaran sebaliknya orang awam yang terkantoi membuang sampah di merata-rata dan berjaya ditahan oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan.

Menerusi video itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Sandakan dan individu yang didenda adalah pesalah pertama yang menerima hukuman. Hal ini dijadikan denda kerana membuang sampah sesuka hati di bandar Sandakan baru sahaja diperkenalkan mulai 1 Julai lalu.

Lebih memalukan, lelaki berkenaan turut dikenakan denda kerana kesalahan membuang sampah di merata-rata tempat.

Suara Warisan Sabah/Facebook

Namun disebabkan gagal melunaskan denda sebanyak RM100 akibat membuang sampah berkenaan, lelaki berkenaan diarahkan ‘membayar’ denda berkenaan dengan cara menggantikan diri menyapu sampah di sekitar bandar berkenaan selama sejam di bawah pengawasan pihak penguatkuasa berkenaan.

Video lelaki berkenaan menjadi tular di media sosial dan dikongsi lebih 750 pengguna.

Suara Warisan Sabah/Facebook

Turut dilihat, penguatkuasa menasihati kepada orang awam supaya tidak membuang sampah merata-rata tempat.

Malah, individu yang ditahan kerana kesalahan berkenaan boleh dikenakan denda sebanyak RM250 oleh jabatan kesihatan daerah manakala RM100 oleh Majlis Perbandaran Sandakan.

Lebih memalukan pesalah turut dikenakan menyarung baju khas yang tertera ‘kutu sampah’ sepanjang menjalani tempoh dendaan berkenaan.

Suara Warisan Sabah/Facebook

Semoga pelaku insaf dan tidak lagi mengulangi sikap tidak bertanggungjawab dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat lagi.

Sumber: SaysSuara Warisan Sabah/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular