Sudah menjadi kebiasaan untuk kita menyaksikan majoriti rakyat Malaysia yang menggunakan telefon sewaktu berjalan kaki melintasi jalan raya yang sesak. Meskipun sedar bahawa perbuatan ini boleh mendatangkan kemalangan yang meragut nyawa, ramai yang tidak akan sedar akan bahayanya.

Selain terlibat dalam kemalangan, anda juga mungkin menjadi sasaran peragut yang sedang memerhatikan anda dari jauh atau mangsa penculikan disebabkan oleh kecuaian anda terhadap keadaan sekeliling.

Dalam video di Facebook Tamizhar Media TV, seorang wanita warganegara dirakamkan sedang melintasi jalan selepas keluar dari kereta. Wanita terbabit berjalan kaki sambil matanya tertumpu pada skrin telefon kemudiannya dilihat menunggu pasangannya di seberang jalan.

Pada ketika itu, pasangannya yang sedang memegang sejambak bunga dilihat berjalan perlahan menghampiri wanita terbabit sebelum sebuah motosikal datang laju dari arah belakang.

Facebook

Penjenayah berkenaan kemudiannya cuba untuk merampas telefon daripada tangan wanita terbabit namun gagal apabila mangsa segera bergelut dengan penjenayah itu. Menyedari cubaan ragutnya gagal, penjenayah tersebut segera memecut laju dan meninggalkan kawasan kejadian dan mangsa.

Pasangan mangsa yang turut terkejut dengan kejadian dua saat ini kemudian segera berlari bagi mendapatkan wanita terbabit yang kelihatan tercengang dengan apa yang telah berlaku.

Facebook

Insiden ini dilaporkan berlaku berhampiran Restoran Uma Rani yang terletak di Jalan Ipoh Batu 4, Kuala Lumpur. Meksipun wanita berbangsa India ini berjaya mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa ragut, kita semua haruslah mengambil iktibar daripada kejadian ini.

Pastikan anda sentiasa berhati-hati ketika berjalan di kawasan awam. Ingat, keselamatan adalah keutamaan penting apabila berada di jalan raya! Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap jenayah yang kian berlaku supaya keselamatan masyarakat dapat dijamin.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular