Mesin pengisar sangat memudahkan tugas kita untuk membuat persedian masakan. Bayangkan kehidupan tanpa mesin pengisar, pasti masa memasak akan lebih panjang malah sudah tentu merumitkan keadaan.

Tanpa mesin pengisar, pasti kita perlu mengeluarkan lebih tenaga untuk menumbuk ataupun menggiling bawang, kunyit, cili dan pelbagai lagi.

Akan tetapi, seperti mesin yang lain, ia juga perlu diselenggara ya! Pernahkah anda berasa musykil kerana benda yang kita kisar dalam mesin pengisar tidak pula lumat walaupun sudah lama dikisar? Kecewa betul, bukan?

Jangan khuatir, anda tidak perlu membeli mesin pengisar baharu. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menggunakan:

#1. Garam kasar

 

Mudah sahaja. Ambil segenggam atau secawan garam kasar lalu masukkan ke dalam mesin pengisar. Tekan butang kisar dan biarkan ia. Ulang beberapa kali sehinggalah mesin pengisar menjadi tajam seperti yang anda mahukan.

#2. Kulit telur

 

Bersih dan keringkan kulit telur kemudian boleh masukkannya ke dalam mesin dan kisarkannya sehingga kering. Anda akan dapati mata mesin pengisar akan tajam.

#3. Ketulan ais

 

Ketulan ais yang dibuat sendiri didakwa lebih bagus kerana lebih keras. Hancurkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Kisarkan lebih kurang 10 minit.

#4. Hampas kelapa

 

Syok

Kisarkan hampas kelapa tanpa perlu ditambah air, lebih kurang sama durasinya seperti ketulan ais. Kemudian bilas bersih.

#5. Beras

 

Letakkan segenggam atau secawan beras (tidak kira jenis atau jenama) dan kisar beberapa minit. Hasilnya, mata mesin pengisar pasti tidak tumpul lagi.

Namun terdapat cara lain selain daripada cara yang dinyatakan di atas. Anda boleh buka pada bahagian mata pisau mesin pengisar berkenaan lalu gantikan dengan yang baru. Asah ia menggunakan batu pengasah ataupun kertas pasir.

Tetapi, berhati-hati ya. Terpulang kepada anda untuk memilih cara apa, yang penting mesin pengisar dapat berfungsi sama seperti baru dibeli tanpa perlu mengeluarkan wang.

Sumber: MSN.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular