Untuk mendapat tawaran pekerjaan baharu dengan tangga gaji yang lebih besar sememangnya sangat menyeronokkan dan boleh membuat kita menjadi lebih bersemangat

Tetapi semua wang itu boleh dihabiskan untuk perkara yang tidak bermanfaat sekiranya kita tidak bijak dalam menguruskan wang.

Menerusi sebuah kiriman yang dikongsikan oleh penulis tidak bernama, penulis berkongsi tentang nasihat bijak yang diberikan oleh bapanya ketika dia masih seorang gadis muda.

Gambar sekadar hiasan/Pixabay

Menurut bapanya, adalah penting untuk menjalani kehidupan yang sederhana walaupun berapa banyak yang diperolehi setiap bulan dan jangan terpengaruh untuk membeli barang hanya untuk menunjuk-nunjuk.

“Bapa saya selalu memberitahu saya untuk menjalani kehidupan yang sederhana dan tidak terburu-buru melakukan apa sahaja yang saya kehendaki,” katanya.

Terima kasih kepada nasihat bapanya, dia selalu membelanjakan pendapatannya dengan bijak dan bersyukur atas segala yang dia ada.

Walaupun dia telah menjalani kehidupan sederhana dengan gaya hidupnya, namun dia tidak pernah menganggap bahawa wang adalah masalah besar sehinggalah seorang rakannya mengeluh tentang tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Gambar sekadar hiasan/Pixabay

Walaupun rakan sekerjanya mendapat gaji lebih besar daripadanya, namun rakannya itu selalu mengadu bahawa dia tidak pernah mempunyai wang yang cukup.

Ternyata rakannya terpaksa membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatannya untuk membayar pinjaman bulanan dan untuk menyokong gaya hidupnya yang mahal.

Ketika itulah dia menyedari betapa pentingnya nasihat bapanya.

“Saya belajar pelajaran kehidupan yang besar pada hari itu. Setiap orang mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri tetapi seseorang itu harus tahu bahawa setiap keputusan yang mereka buat akan membawa kepada akibat yang mereka harus hadapi pada penghujung hari,” katanya.

Gambar sekadar hiasan/Pixabay

Jika anda tidak pernah berfikir untuk menguruskan wang anda dengan bijak, sekarang masih belum terlambat untuk memulakannya!

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk menguruskan wang dengan cara yang betul:

  • Buat belanjawan.
  • Hitung perbelanjaan anda dan fahami pendapatan anda.
  • Hapuskan mana-mana perbelanjaan yang tidak penting.
  • Pastikan ada dana kecemasan, kebanyakan pakar kewangan akan mencadangkan anda untuk menyimpan sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan perbelanjaan hidup anda sebagai dana kecemasan.
  • Simpan sekurang-kurangnya 10 peratus dari pendapatan bulanan untuk persaraan anda.

Selamat mencuba!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular