Sejak zaman dahulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangkutan. Ini termasuklah mengangkut barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

Tetapi, ramai pemandu yang tidak ambil tahu sepenuhnya mengenai simbol-simbol penting yang berada di bahagian meter kenderaan mereka.

Menerusi satu perkongsian oleh ServisKereta di Twitter, pemilik kenderaan perlu mengambil serius jika lambang tekanan minyak menyala di bahagian meter kenderaan kerana jika diabaikan, ia boleh mengakibatkan kerosakan enjin.

ServisKereta | Twitter

Menurut perkongsian tersebut, lambang yang kelihatan seperti ‘teko aladdin’ tersebut merupakan simbol tekanan minyak yang menandakan sesebuah kenderaan itu kehabisan ataupun kekurangan minyak pelincir. Ia boleh mengakibatkan kerosakan enjin yang serius dan juga boleh melibatkan kesemua bahagian enjin.

ServisKereta berkongsikan masalah kereta salah seorang pelanggannya yang disebabkan oleh kebocoran yang berlaku pada suis tekanan minyak yang menyebabkan minyak pelincir mengalir keluar dari enjin dan akan mengakibatkan minyak pelincir berkurangan.

ServisKereta | Twitter

Jika diabaikan, enjin kenderaan akan menjadi lebih kasar sehingga menyebabkan kerosakan yang akan memakan kos yang tinggi untuk dibaiki. Oleh itu, simbol ini tidak boleh dipandang ringan oleh pemandu kerana akan membawa kepada kesan yang agak buruk pada kenderaan anda.

Jika simbol atau lambang ini menyala ketika anda sedang memandu, anda dinasihatkan untuk menghentikan kenderaan anda di tempat yang selamat dan juga mematikan enjin. Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah anda perlu memeriksa paras minyak enjin kenderaan anda.

ServisKereta | Twitter

Sekiranya minyak enjin berada pada paras yang minima, anda dinasihatkan untuk segera memandu kenderaan anda ke bengkel berdekatan bagi membuat pemeriksaan yang selanjutnya.

Anda dinasihatkan supaya peka dan mengambil tahu tentang simbol-simbol amaran yang terdapat pada bahagian meter kenderaan anda bagi memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik.

Sumber: ServisKereta | Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Produk Teknologi

Video Popular