Satu sentuhan hati paling manis ialah apabila melihat para suami sanggup mengiringi dan terus menemani isteri mereka yang sakit mahu melahirkan ke dalam bilik bersalin, tetapi lelaki dari China ini telah pergi lebih jauh dan ia sungguh menceriakan suasana!

Seorang wanita dari Hainan, China telah dikejarkan ke hospital pada jam 3 pagi 27 Jun kerana mengalami kesakitan mahu bersalin. Dan Wang, suaminya yang penuh kasih sayang mengikuti isterinya ke dalam bilik kelahiran bayi seperti mana suami berani yang lain.

Oriental Daily

Menurut Oriental Daily , isteri Wang menjadi ibu buat pertama kali dan dia juga ibu berusia lanjut iaitu lebih dari usia 35 tahun. Manakan tidak, dia berasa cemas dan berpeluh deras kerana menanggung kesakitan yang amat sangat ketika mahu melahirkan, dan isteri Wang juga bimbangkan keselamatan bayinya.

Wang berasa sedih dan kasihan melihat kebimbangan isterinya serta tidak terkecuali turut berasa gugup apabila melihat isteri tercinta terus menderita menanggung kesakitan. Jadi dia telah meminta doktor memberikan ‘epidural anaesthesia’ supaya ia dapat melegakan kesakitan isterinya.

Dan sementara itu, dengan spontan sahaja Wang yang juga seorang guru tarian mendapat idea untuk menari tarian tradisional yang lemah gemalai di hadapan isterinya bagi tujuan menghibur dan meredakan kesakitan.

“Sayang, biar saya menari untuk awak! Saya pasti awak tidak akan mengalami kesakitan lagi selepas melihat tarian saya!” kata Wang.

Weibo

Selepas memberitahu isterinya, dia memainkan muzik dan mula melakukan rutin tarian tradisional yang indah di hadapan katil isterinya.

Amat mengagumkan, perhatian dan rasa sakit isterinya telah berjaya dialihkan dan dia terus berasa geli hati melihat persembahan mini suaminya yang bersungguh-sungguh.

Melihatkan gelagat Wang yang tersenyum manis dan begitu selamba, kakitangan di bilik bersalin itu turut berasa terhibur dan segera mencapai telefon untuk merakam aksi tarian Wang yang comel.

Weibo

Berita baik selepas itu, seorang bayi lelaki yang sihat telah selamat dilahirkan. Wang dan isterinya kini begitu teruja dan gembira menyambut ahli baru dalam kehidupan mereka.

Rakaman video yang telah dimuat naik di laman Weibo ini menunjukkan gerakan tarian tradisional Wang yang profesional sehingga membuat ramai netizen berasa kagum.

Para netizen meninggalkan komen dan memuji niat baik Wang sebagai suami yang manis dan penyayang.

Weibo

“Dia suami yang sangat penyayang, dan sudah pasti dia juga akan menjadi ayah yang sangat penyayang!”

“Tahap sakit mahu bersalin bukan perkara main-main, sungguh manis sekali tindakan yang dilakukannya.”

Sambil ada yang bergurau dengan menulis, “Takut pula saya melihat kalau-kalau kasutnya itu akan terpelanting ke atas muka isterinya…”

Tahniah buat pasangan Wang di atas kelahiran bayi lelaki mereka!

Lihat gelagat si suami pada rakaman video di bawah:

Sumber : Oriental Daily

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular