Hari demi hari, kita semakin menerima banyak ‘peringatan’ dari alam semula jadi tentang kesan yang terpaksa mereka hadapi disebabkan oleh tabiat buruk manusia. Manusia perlu sentiasa beringat untuk sentiasa sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kesejahteraan bumi. Kita perlu berhenti mencemarkan bumi yang tercinta. Walaupun untuk sekecil-kecil perkara, seperti puntung rokok, kita perlu lebih berwaspada.

Baru-baru ini, satu potret alam semula jadi yang sangat menyedihkan telah dirakam oleh seorang sukarelawan Persatuan Audubon Nasional, Karen Mason yang menunjukkan seekor ibu burung sedang memberi puntung rokok kepada anaknya sebagai makanan.

Facebook

Mengiringi gambar itu, sebagai peringatan untuk semua orang, Karen menulis:

“Jika anda merokok, sila jangan tinggalkan puntung anda.”

Kredit: Facebook

Karen kemudian berkongsi gambar lain. Kali ini, anak burung itu kelihatan sangat gembira dengan puntung rokok di mulutnya. Karen menulis,

“Anak burung skimmer ini diberikan puntung rokok oleh ibu bapanya. Sudah tiba masanya kita membersihkan pantai kita dan berhenti menganggap mereka seperti tempat membuang abu rokok gergasi.”

Beberapa hari lalu, seekor penyu ditemui mati dengan beg plastik terkeluar dari rektumnya. Pakar alam sekitar percaya bahawa penyu itu cuba untuk mengeluarkannya. Kasihan…

Kredit: Coconut

Satu lagi kes yang mengejutkan baru-baru ini adalah ikan pari yang ditemui mati dengan perutnya dipenuhi dengan buku, kamera, botol dan sekotak rokok.

Instagram

Walaupun kes-kes yang disebutkan dalam entri ini tidak berlaku di Malaysia, namun kita boleh mengambil pengajaran daripada kes yang telah berlaku ini. Hal ini kerana dengan bukti bergambar yang telah kita lihat, bermakna perkara yang sama boleh berlaku di mana-mana sahaja, termasuklah di Malaysia.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar dan menambah rasa tanggungjawab dalam diri masing-masing agar bumi ini boleh bertahan dengan lebih lama untuk generasi yang akan datang.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular