Satu majlis anugerah telah diadakan oleh The BrandLaureate Book Of World Records pada 27 Jun 2019 untuk mengiktiraf legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei di atas pencapaiannya mencipta rekod selaku pemain badminton yang mengungguli tangga nombor satu dunia paling lama.
The BrandLaureate Book Of World Records mengiktiraf Datuk Lee Chong Wei sebagai satu-satunya legenda badminton yang menduduki Ranking Nombor 1 Dunia selama 348 minggu.
Tempoh yang bersamaan dengan 6 tahun dan 8 bulan bermula dari tahun 2000 hingga 2019.
Legenda badminton berusia 37 tahun itu yang mengumumkan persaraan pada 13 Jun lalu, juga diiktiraf memegang ranking selama 199 minggu berturut-turut dalam acara perseorangan lelaki selain memenangi 69 kejuaraan individu.
Bernama melaporkan majlis penganugerahan tersebut telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Datuk Lee Chong Wei yang pernah memenangi pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali menyatakan penghargaannya di halaman Twitter pada 29 Jun dengan ucapan terima kasih dan memberi komen anugerah tersebut amat bermakna buat dirinya.
Terima Kasih “The Brandlaureate Book Of World Records” for the award. Anugerah ini sangat bermakna terhadap saya. Saya amat berharap, pemain yang bakal pecah record saya ini nanti pun anak Malaysia, yg lagi terrer, lagi mantap, maybe lagi ensem 😁 . 🇲🇾 pic.twitter.com/evscqmboaM
— Dato’ Lee Chong Wei (@LeeChongWei) June 29, 2019
“Terima kasih,The BrandLaureate Book of World Records untuk anugerah ini. Anugerah yang amat bermakna kepada saya. Saya berharap ada pemain badminton yang akan memecahkan rekod saya dan dia adalah orang Malaysia yang lebih mahir, gigih dan mantap serta mungkin lagi kacak,” tulisnya.
Ramai netizen menyatakan perasaan gembira terhadap pencapaian pemain badminton kesayangan negara ini.
Sir, you are one of my childhood crushes. So, automatically you are one of the most handsome guy. I really admire your passions & loves towards badminton until today. I’m gonna miss your game, Dato’. Congratulations to you & you really deserved this, Dato’. Malaysian loves you 💖
— Mrs. Sweetlazy (@geniusmyg9393) June 29, 2019
Sementara terdapat netizen yang berasa kagum dan mengucapkan tahniah sambil memberi komen Datuk Lee Chong Wei adalah pujaan hati mereka sejak zaman kanak-kanak sehingga kini.
Saa suka ayat terakhir tu Dato’. Tapi masih dato juga crush zamam remaja saya lah🤣🤣🤣
— lizamulehsatoh (@lizamulehsatoh) June 29, 2019
“Saya suka ayat terakhir Datuk, tetapi Datuk sentiasa menjadi cinta hati zaman remaja saya,” komen seorang netizen.
Sumber : @LeeChongWei/Twitter , SAYS
Maybe you're interested :