Pengalaman menjadi seorang ibu pastinya adalah pengalaman yang paling dinanti-nanti dan menjadi pengalaman yang paling berharga buat seseorang wanita. Apatah lagi untuk ibu yang pertama kali menimang cahaya mata, pengalaman itu pastinya akan tersemat dalam hati mereka buat selama-lamanya.

Rihana Oksana Petra/Instagram

Begitu jugalah hal yang berlaku kepada Rihana Petra, isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang baru-baru ini telah berkongsi pengalamannya pertama kali menjadi seorang ibu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram rasmi miliknya itu, beliau menyatakan bahawa kehidupannya telah berubah buat selamanya sebaik sahaja menimang cahaya mata dan mengakui bahawa menjadi seorang ibu datang bersama tanggungjawab yang sangat besar.

Rihana Oksana Petra/Instagram

Rihana Petra telah melahirkan bayi bernama Tengku Ismail Leon Petra pada bulan Mei 2019 dan beliau menceritakan bagaimana putera sulungnya itu turut dijangkiti demam kuning, seperti kebanyakan bayi yang lain.

Selain itu, bayinya juga turut mengalami penurunan berat badan yang mendadak pada minggu pertama kelahirannya.

Rihana Oksana Petra/Instagram

Walau bagaimanapun, syukurlah, Leo, telah pulih sepenuhnya dan berat badannya juga semakin bertambah dari hari ke hari.

Setelah berjaya menempuhi saat-saat yang meresahkan bersama bayinya, akhirnya Rihana Petra yang pada awalnya meragui kemampuannya untuk menjadi ibu kembali yakin dan tidak gentar dengan gelaran itu.

Rihana Oksana Petra/Instagram

Malah, beliau turut menegaskan bahawa menjadi seorang ibu adalah detik yang paling bermakna dalam kehidupan seorang wanita.

Baca kiriman penuhnya di bawah:

 

View this post on Instagram

 

Sebulan yang lalu, saya menjadi ibu kepada cahaya mata sulong saya Ismail Leon. Cara hidup saya berubah buat selamanya pada saat itu. Menjadi ibu adalah tanggungjawab yang besar. Berat badan si Leo menjatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga mengidap penyakit kuning. Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning. Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan. Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2.5 – 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca diluar tenang dan ia berada dalam pelukan ibunya. Saya pernah ragu-ragu andainya tidur saya pun akan terganggu, tetapi kini sudah biasa dengan tabiat dan jadual waktunya, maka saya juga dapat berehat dan tidur … kadang-kadang. Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas. Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu. Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran. Sehingga waktu itu, putera kecil kami akan terus membesar dan memberi kasih sayang kepada ibubapanya serta kepada semua insan yang menyayangi dan mendukunginya. One month ago I became mother of beautiful little baby Ismail Leon My life has changed forever. Child is a great happiness and at the same time it is a huge responsibility. Leo lost too much weight during the first few weeks of his life. He also had jaundice. At the beginning I didn’t pay attention on it because i thought he was born with yellow skin. Alhamdullilah, by one month old he recovered from it and gained the necessary weight in plus 1 kg. Now Leo eats every 2.5 – 3 hours, he sleeps good, especially when it is fresh air outside and he enjoys cuddling very much. Actually he is wonderful and very calm child. I was afraid that It would be impossible for me to sleep at nights, but I had already get used to his timing and even manage to sleep… sometimes My fears about motherhood were unnecessary, this is the most beautiful period in the life of any woman, and what is most important, (continue below) 👇🏼

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Rihana Oksana Petra/Instagram

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular