Empat belas monyet Yakushima didapati telah terlepas dari sangkar di Zoo & Muzium Okinawa di bandar Okinawa pada 27 Jun yang lalu, kata pegawai zoo.

The Mainichi

Seorang pekerja di zoo berkenaan yang terletak di wilayah selatan Jepun mendapati bahawa sangkar monyet itu telah pun tidak berpenghuni pada pukul 10:05 pagi. Monyet tersebut adalah subspesies dari kera Jepun, atau turut dikenali sebagai monyet salju.

Viator

Walau bagaimanapun, pihak zoo mengesahkan bahawa dua daripada 14 monyet telah berjaya ditangkap semula sekitar jam 11:40 pagi dan mereka terus berusaha untuk menangkap semula lebihan monyet yang masih bebas.

Berikutan hal ini, zoo berkenaan telah ditutup buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada para pekerja untuk mencari semula monyet yang terlepas.

The Mainichi

Tonton susulan video mengenai situasi tersebut di sini.

Sumber: The Mainichi

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular