Kita semua sudah sedia maklum akan undang-undang jalan raya di Malaysia yang menetapkan bahawa sesiapa yang mahu menunggang motosikal perlu memiliki lesen dan memakai topi keledar.

Namun, keadaan agak menyedihkan buat sesetengah remaja yang menunggangnya dengan bebas tanpa lesen mahupun topi keledar dengan alasan jarak tersebut adalah dekat dengan rumah mereka.

Walaupun ada segelintir daripada kita yang bersetuju dengan kenyataan remaja berkenaan, namun anda semua harus diingatkan sekali lagi bahawa kejadian yang tidak diingin boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, tidak kira waktu dan tempat.

Sebagai ibu bapa, kita juga perlu sentiasa mengawasi anak-anak dan jangan mudah percaya apabila anak-anak mengemudikan motosikal kerana ia umpama ‘mesin’ yang mampu membahayakan.

Baru-baru ini, terdapat satu video yang menunjukkan seorang pemuda menghentikan seorang remaja lelaki bawah umur yang didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

syamilruslan|Twitter

Pemuda berkenaan bertanya, “Mana lesen? Duduk di mana? Kenapa menunggang motosikal seperti sedang berlumba tadi?”

syamilruslan|Twitter

Remaja berkenaan walau bagaimanapun cuba melindungi dirinya dengan menjawab bahawa rumahnya terletak berdekatan dan dia tidak berlumba.

Sejurus selepas itu, remaja tersebut disuruh pulang terus ke rumah dan dia bersetuju lalu meminta maaf secara sopan dengan berkata, “Minta maaf ya, abang.”

syamilruslan|Twitter

Anda boleh saksikan rakaman video tersebut di bawah:

Walaupun insiden itu agak lucu, namun cuba bayangkan jika sebaliknya yang berlaku. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa dan orang dewasa, kita perlu senantiasa mengawasi anak masing-masing dan jangan sama sekali merisikokan nyawa anak-anak (dan juga orang lain) dengan menunggang motosikal secara merbahaya.

Sumber: syamilruslan|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular