Dua bulan yang lalu, seekor anjing bernama Leo telah sesat dan hilang dari rumah di Turki. Tuannya yang risau dan sedih telah mencari di merata tempat dan menanyakan penduduk setempat, namun tiada khabar berita mengenai anjing kesayangan mereka itu.

Sertaç Araç

Setelah puas mencari, tuannya mula hilang harapan kerana sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi untuk dipertemukan kembali dengan anjingnya itu. Tetapi, takdir telah mengaturkan segalanya.

Anak kepada pemilik anjing tersebut, Sertaç Araç telah melihat anjing jalanan ketika dia bekerja di bandar lain. Anjing tersebut kelihatan seperti Leo tetapi penuh dengan kotoran. Anjing itu berada di luar pintu kafe dan kelihatan seperti tiada arah tujuan.

Sertaç Araç

Bandar tersebut terletak 95 kilometer jauhnya dari rumah ibu bapanya. Araç tidak pasti sama ada anjing itu Leo ataupun tidak. Jadi, Araç telah mengambil gambar anjing itu untuk dihantar kepada ibu bapanya dan meminta mereka mengecamnya.

Ibu bapanya sangat teruja selepas melihat gambar anjing itu dan memutuskan untuk pergi ke bandar itu untuk melihat anjing itu dengan lebih dekat.

Apa yang berlaku ketika ibu bapanya tiba di bandar itu adalah sangat menyentuh hati. Anjing tersebut benar-benar Leo. Apabila dari jauh Leo melihat ibu bapanya, Leo dengan teruja berlari ke arah mereka.

Setelah dua bulan merayau di sekitar bandar tersebut, mereka akhirnya bertemu semula. Akhirnya, Leo dapat pulang ke rumahnya kembali.

Sertaç Araç

Selain itu, Araç mengatakan bahawa ibu bapanya ada memelihara dua ekor anjing lain sebelum ini. Dua ekor anjing tersebut telah hilang dan sehingga kini tidak kembali. Mereka mengesyaki terdapat sindiket pencuri anjing yang berleluasa di kawasan kejiranan mereka.

Pertemuan semula Leo telah membuatkan mereka percaya bahawa satu hari nanti dua ekor anjing mereka itu pula akan dipertemukan.

Sertaç Araç

Ibu bapa Araç sangat sayangkan anjing dan menganggap anjing sebagai anak mereka sendiri. Apabila Leo dan dua ekor anjing mereka hilang, mereka sangat sedih dan kecewa. Pertemuan semula dengan Leo sedikit sebanyak telah mengubat hati mereka yang sedang berduka.

Sumber: The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular