Tidak dapat disangkal lagi apabila dikatakan terdapat segelintir pemandu di Malaysia yang memandu dengan tidak berhemat. Ada pemandu yang sangat mementingkan diri tanpa mempedulikan keselamatan orang lain. Apa yang mereka mahukan ialah cepat sampai ke destinasi. Mereka sanggup ‘memotong’ jalan dengan bahaya, ada juga yang sengaja melanggar lampu isyarat dan ada juga yang memandu dengan melebihi had laju.


Eyriqazz

Antara perangai buruk lain pemandu di Malaysia ialah mereka suka memakir kenderaan sesuka hati sehingga menyusahkan orang lain. Apa yang lebih teruk ialah apabila perbuatan mereka akhirnya mengundang bahaya bukan hanya kepada mereka tetapi kepada orang awam yang lain.

Baru-baru ini sebuah kenderaan dikatakan telah diparkir di hadapan pintu masuk sebuah balai bomba sehingga menghalang pihak bomba daripada bertindak segera ke lokasi kejadian di mana sebuah kemalangan telah berlaku.

Kejadian yang berlaku di Sabak Bernam itu telah memaksa anggota bomba mengalihkan dahulu kenderaan tersebut sebelum mereka akhirnya boleh keluar menyelamatkan mangsa.

Menurut kenyataan melalui akaun Facebook, Info Roadblock JPJ/ POLIS memberitahu bahawa pihak bomba mendapat panggilan kecemasan mengenai sebuah kemalangan maut. Namun, mereka dikatakan lambat tiba ke lokasi kejadian kerana terdapat sebuah kereta yang diparkir di hadapan pintu masuk balai bomba tersebut.

Mengikut kenyataan saksi, pemilik kenderaan tersebut telah memarkir kenderaan tersebut untuk pergi ke pasar malam yang berhampiran.

Facebook

Menurut Ketua BBP Sabak Bernam, Mohd Saufi Zakaria, petugas pemadam api cuba memindahkan kenderaan itu keluar dari jalan sebelum pemilik kereta datang dan memindahkannya ke lokasi lain.

Video itu telah mendapat lebih daripada 114 ribu tontonan, 2.6 ribu reaksi, dan 1.1 ribu komen daripada para netizen mengenai tindakan tidak wajar pemandu kenderaan tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Nadzri Syadzrie menulis, “Saya akan berfikir dua kali jika saya ingin meletakkan kereta walaupun berdekatan dengan pili bomba. Pemandu ini pula dengan sesuka hati memakir kenderaan di hadapan balai.”

Bolat Ravaloa pula memberi komen yang berbunyi, “Saya tidak akan berasa selesa jika kereta saya diletakkan di tempat yang tidak seharusnya diletakkan. Saya terkejut melihat bagaimana pemilik kenderaan itu boleh meletak kenderaan di hadapan sebuah balai bomba dan pergi ke pasar malam dengan tenang.”

Sedarlah wahai rakyat Malaysia bahawa sikap pemanduan anda sebenarnya akan memberi kesan kepada orang lain. Jangan kerana sikap pentingkan diri anda menyebabkan orang lain yang menerima padah. Kita hampir memasuki tahun 2020, sudah tiba masanya untuk berubah menjadi pemandu dan rakyat Malaysia yang lebih beretika dan bertamadun.

Sumber: FACEBOOK | Info Roadblock JPJ/ POLIS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular