Siri filem Avengers sangat memberi kesan kepada para penonton dan tidak mudah untuk dilupakan oleh para peminat siri filem berkenaan. Mungkin ada lagi segelintir daripada kita yang masih tidak boleh menerima pengakhiran kisah dalam filem Avengers: Endgame baru-baru ini.

Bagi peminat setia, pasti ada yang akan sanggup membeli patung figura koleksi adiwira kegemaran mereka, seperti patung figura Iron Man, Captain America dan Thor keluaran Iron Studios ini.

Patung-patung tersebut berketinggian sehingga 61 sentimeter dan beratnya pula dalam lingkungan 8.3 kilogram. Setiap patung dihasilkan secara terperinci. Jika anda tidak percaya, lihatkan hasilnya:

Thor misalnya, kelihatan sangat kacak dan gagah! Bukan sahaja patung tersebut, bahkan platform asas patung itu juga dihasilkan dengan baik. Sungguh mengagumkan!

Kesemua bahagian dibuat begitu terperinci. Lihatlah senjata, pakaian dan urat di tangannya:

Posisi tangannya juga boleh diubah:

Lihatlah butiran di tapaknya, begitu terperinci:

Daripada pandangan hadapan, kita dapat lihat Thor yang sangat kacak dan berkarisma, namun jika dilihat dari sisi tepi, kita akan dapati saiz perutnya yang agak boroi – sama seperti di dalam filem Avengers: Endgame!

Ia ternyata sesuatu yang ‘istimewa’ dan melucukan. Sungguhpun perutnya buncit, namun ia sama sekali tidak ‘menghapuskan’ minat daripada para peminat Thor untuknya.

Sumber: sideshow

Maybe you're interested :

Share

Video Popular