Tergantung di bawah pokok pain seolah satu kanopi di satu kawasan hutan di Itali, John Grade memasang ‘Reservoir’ yang kelihatan seperti ‘chandelier’ luar rumah yang mempesonakan. Dibuat dari 5,000 ‘droplet’ atau kantung titisan air lutsinar, ia berinteraksi dengan alam semula jadi, membolehkan orang awam memvisualisasi kesan hujan dan salji.

John Grade

Tergantung di antara pokok-pokok pain, ‘Reservoir’ terdiri daripada 5,000 ‘droplet’.

John Grade

John Grade berkata, “Saya mungkin orang yang paling gembira apabila berada di kawasan semula jadi seperti ini. Salah satu perkara utama yang saya cuba lakukan dalam pemasangan ini ialah tumpuan kepada aspek-aspek yang paling saya sayangi terhadap alam semula jadi. Oleh itu dengan ‘Reservoir’, saya berharap dapat menerangi kecemerlangan seni halus dengan cara memasang penapis air hujan yang menitis melalui kanopi pokok.”

John Grade

Apabila air hujan atau salji berkumpul di dalam kantung titisan, posisi dan bentuk jaring akan berubah dan menjadi lebih rendah.

John Grade

“Saya mendapat idea untuk projek ini dengan menghabiskan masa yang agak lama dengan hanya duduk dan berjalan melalui hutan di taman arca Arte Sella dan berfikir mengapa saya berasa sangat baik dan tenang apabila berada di sana. Bunyi hujan yang tenang di atas lantai hutan adalah titik permulaan awal kepada inspirasi projek ini,” ujar John.

John Grade

Apabila air yang dikumpulkan mula mengewap, arca ini akan kembali ke konfigurasi asalnya.

John Grade

“Pemasangan ini diilhamkan oleh lokasi. Saya mahukan arca ini bertindak balas terhadap lokasi dan mempengaruhi pemahaman kita tentang hujan dengan cara yang baru (kerana pengumpulan air dapat difahami secara visual melalui unsur-unsur arca),” kata John.

John Grade

Mata air yang terkumpul di bawah kantung mengehadkan gerakan menegak supaya arca itu kekal sekurang-kurangnya sepuluh kaki dari paras tanah.

John Grade

Tambah John, “Pada awalnya saya bimbang akan burung yang secara tidak sengaja akan terbang ke dalam struktur jaring lalu terperangkap dan terluka. Oleh itu kami melakukan ujian ke atas pelbagai jenis jaring dan dengan menggunakan jaring yang lebih halus, maka kami tidak mempunyai masalah dengan burung atau haiwan lain. Saya rasa bahagian kantung titisan yang bersinar telah menyebabkan burung mengelak daripada terbang ke arah arca.”

John Grade

Walaupun hujan yang turun hanya sedikit, ia sudah cukup mencipta pergerakan ke bawah untuk difahami secara visual oleh para penonton yang berada di bawah.

John Grade

“Sejak permulaan projek, kami telah membuat dua versi arca, dengan versi kedua dalam beberapa tahun akan datang. Jadi saya tahu bahawa arca pertama tidak perlu memasukkan setiap aspek yang saya minat. Ini mewujudkan rasa kebebasan dan saya fikir membantu mengekalkan teras utama arca sebagai simpanan dan lebih berjaya. Dalam beberapa tahun akan datang, saya akan mengkaji pergerakan dan aspek tidak dijangka yang mungkin berlaku pada versi arca yang seterusnya. Kami juga menguji bentuk plastik biodegradasi untuk digunakan dengan versi arca yang seterusnya,” jelas John.

John Grade

Apabila kantung mengering, berat arca ini adalah 32 kilogram. Apabila dipenuhi oleh hujan yang lebat, ia boleh melebihi 363 kilogram.

John Grade

Arte Sella

Secara berkala, arca itu akan secara manual dimanupulasi untuk bangkit dan jatuh dengan melibatkan pergerakan yang dimulakan seperti persembahan penari yang berada di bawah.

Casabella

Topografi yang bervariasi di sekeliling tapak arca ini menawarkan penonton dengan pandangan seperti berada di bawah awan.

John Grade

Serta pandangan melihat seluruh garis tengah arca sedikit di atas pusat jisim yang berubah-ubah.

John Grade

Menurut John, “Saya sangat teruja dengan apa yang dilakukan oleh para penari dengan arca ini apabila mereka tampil dengan persembahan semasa perasmian. Saya fikir terdapat lebih banyak lagi yang dapat ditemui melalui tarian dan tubah badan manusia, yang terlibat secara langsung sebagai inspirasi semasa pemasangan.”

John Grade

John Grade

John mengakhiri, “Sudah tentu, perkara terbaik adalah pengalaman memasang arca ini sendiri. Dalam kes ini, untuk melihat pergerakan itu adalah sangat penting dalam skala besar berbanding dengan badan seseorang. Dan Arte Sella adalah taman arca yang menakjubkan di mana orang ramai dapat melihat beratus-ratus pemasangan ‘droplet Reservoir’ yang menarik di sepanjang laluan dengan landskap alam semula jadi. Saya berharap orang ramai akan dapat mengadakan lawatan ke sana.”

Sumber : John Grade Studio , Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular