Siapa sahaja yang tidak kenal dengan figura terkenal Cristiano Ronaldo yang sememangnya berbakat dalam sukan bola sepak? Arena bola sepak dunia rasanya suram tanpa kehadiran pemuda itu. Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu juga telah memenangi 29 trofi dalam kariernya dan menjaringkan lebih daripada 700 gol.

Namun, di sebalik kehidupannya yang penuh glamor, bekas pemain Real Madrid itu sebenarnya mempunyai hati yang baik. Baru-baru ini tular sebuah berita mengenai pemain bola sepak itu sehingga menyentuh hati jutaan orang.

Di sebalik kehidupannya yang sibuk dengan latihan Cristiano Ronaldo juga tidak melupakan kehidupan sosialnya. Dia ramah dengan peminat, belum cerita lagi tentang sumbangan besarnya terhadap rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan perang yang masih tiada kesudahannya sehingga kini.

Pada suatu hari, Cristiano Ronaldo bersama dengan jurulatih dan rakan sepasukan Portugal yang lain sedang berada di dalam bas. Mereka dikatakan dalam perjalanan meninggalkan stadium Bessa untuk menuju ke perjalanan seterusnya. Dalam perjalanan itu Ronaldo dikatakan terlihat seorang budak lelaki di luar bas yang sedang memegang sebuah kad besar dengan tulisan Bahasa Portugis yang berbunyi ‘Cristiano, peluklah saya,’.

Pemain Juventus itu kemudian terus meminta pemandu bas untuk memberhentikan bas supaya dia boleh memeluk budak lelaki itu. Namun ada sesuatu yang lebih besar daripada itu berlaku.

Rupa-rupanya kanak-kanak lelaki bernama Eduardo Moireira itu sedang bergelut dengan penyakit leukemia yang dihidapinya sejak berusia setahun lagi dan kini Moireira sudah berusia 11 tahun. Tahap kesihatannya semakin merosot namun melihat pemain bola sepak kesukaannya setiap hari telah membuatnya kuat untuk melalui hari-hari sukarnya.

Moireira memang bertuah kerana Ronaldo sanggup memberhentikan bas semata-mata kerananya. Mereka kemudian mengambil gambar bersama.

Bagi Ronaldo apa yang dibuatnya mungkin tiada apa, namun buat peminat kecil seperti Moireira ia adalah sesuatu yang besar dan meninggalkan memori yang manis dan akan diingati sepanjang hidupnya.

Sumber: HAPPIEST, Twitter|433

Maybe you're interested :

Share

Video Popular