Jika diperhatikan setiap kucing itu sudah pasti mempunyai naluri yang kuat dan mempunyai sifat ingin tahu untuk mencuba pelbagai perkara baru. Mereka perlu mencuba lagi dan lagi walaupun di atas perkara yang kadangkala berbahaya.

Seorang netizen Jepun, @tikuwamaru0728 berkongsi sifat ingin tahu kucing kesayangannya yang cuba menyentuh kulit seekor landak kecil yang comel.

@tikuwamaru0728/Twitter

Rakaman video reaksinya di Twitter ketika menyentuh landak ini sungguh melucukan sehingga membuat kita semua yang melihatnya akan tersenyum lebar.

@tikuwamaru0728 memiliki haiwan peliharaan seekor kucing dan seekor landak yang comel. Setiap kali kucingnya berjalan di hadapan si landak, dia berasa tidak tertahan melihat kecomelan si landak dan mahu menyentuhnya. Pada mulanya si kucing akan merenung landak ini dan menunggu peluangnya.

@tikuwamaru0728/Twitter

Dengan pantas kucingn mendekati rumah landak dan cuba menyentuh kulit si landak yang tajam dengan sebelah kakinya.

@tikuwamaru0728/Twitter

“Oh! Rasanya seperti geli-geli dan menyakitkan pada masa yang sama,” dengan pantas kucing menyentuh si comel ini dan kemudian beredar bersama perasaan tenang dan puas hati.

@tikuwamaru0728/Twitter

Rasanya seperti ini…

@tikuwamaru0728/Twitter

Interaksi di antara dua haiwan peliharaan berlainan spesies yang amat comel dan agak istimewa!

@tikuwamaru0728/Twitter

Sebenarnya mereka berdua sudah jatuh hati dan saling menyayangi antara satu sama lain seperti adik beradik.

@tikuwamaru0728/Twitter

Dan sebenarnya kucingnya sudah lama tahu menyentuh kulit landak itu agak menyakitkan, tetapi dia masih tidak dapat menahan diri daripada terus menyentuh si landak yang comel.

Sumber : @tikuwamaru0728/Twitter , Cocomy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular