Ibu adalah ciptaan Tuhan yang sungguh mengagumkan. Tidak kira ibu manusia atau ibu haiwan, ibu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu sanggup berkorban apa sahaja asalkan anak-anaknya dapat hidup selesa dan cukup makan pakai.

Seekor ibu anjing telah menarik perhatian seorang netizen kerana keadaannya yang begitu kurus dek hidup sebagai anjing liar yang tidak mempunyai sumber makanan yang stabil dan terpaksa ‘menggeledah’ setiap ceruk demi sesuap makanan.

Ibu anjing yang kurus itu dilihat merayau-rayau untuk mencari makanan dan lebih memedihkan hati ialah ibu anjing mencari makanan untuk anak-anaknya.

Menurut netizen tersebut, dia tidak tahu sudah berapa lama ibu anjing yang kurus sehingga menampakkan tulang rangkanya itu tidak makan. Tanpa berlengah, netizen memberikan makanan kepada ibu anjing tersebut namun tidak disambut oleh anjing itu.

Netizen itu seakan bingung dengan tindakan ibu anjing lalu mengikuti ibu anjing hingga ke suatu tempat. Alangkah terkejutnya netizen itu apabila melihat beberapa ekor anak anjing tersebut sedang berkeliaran, mungkin menanti kepulangan ibu mereka bersama makanan.

Anak-anak anjing itu masih kecil dan comel. Melihatkan keadaan ibu anjing yang kurus itu menunjukkan ibu anjing itu sanggup berlapar demi anak-anaknya. Ini kerana, walaupun terdapat makanan di hadapannya, namun ibu anjing enggan makan sebaliknya mahu makanan tersebut diberikan kepada anak-anaknya.

Netizen dapat merasakan ibu anjing itu seolah-olah ‘merayu’ supaya anak-anaknya dilindungi dan diberi makan. Netizen tersebut akhirnya memutuskan untuk membawa keluarga anjing ini pulang ke rumah dan menjaganya.

Sumber: HAPPY SHARE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular