Simon Hooper atau dikenali Father of Daughters telah menjadi sensasi Instagram dan penulis yang berjaya kerana merakamkan kisah sehariannya sebagai seorang bapa kepada 4 orang gadis kecil yang comel.

Dengan hampir 1 juta pengikut yang seronok mengikuti kisah hariannya yang disampaikan dengan gaya humor dan tanpa menambah gula-gula kepada ‘keahlian keluarga yang sempurna’, Simon telah membawa perjalanan itu dari menjadi seorang lelaki berusia 24 tahun yang tidak tahu apa-apa kepada seorang bapa yang hebat.

Realiti menjadi lelaki tunggal dalam kalangan ‘5 orang wanita’, telah memberi pengajaran berharga kepada Simon tentang kehidupan sebagai seorang bapa, feminisme dan hak kesamarataan!

Ikuti perspektif Simon yang realistik dengan gayanya yang melucukan tentang keibubapaan bersama 4 orang anak perempuannya di bawah.

#1

Ini bukan latar belakang sebuah filem seram gred B dengan bajet rendah. Hanya si Ottie memutuskan yang dia benar-benar positif untuk tidak memberi ruang buat saya untuk berfikir seketika.

#2

Kami bersumpah pada awalnya untuk tidak memakaikan Ottie dan Delilah dengan pakaian yang sama dengan tujuan tugas mengenal pasti mereka akan menjadi lebih mudah. Tetapi apa yang mereka mahukan? Berpakaian yang sama untuk hari yang panjang. Jadi, semoga berjaya kepada pengasuh apabila mahu mengenal pasti mereka.

#3

Ottie dan Delilah masih mengelirukan tetapi saya sudah mula dapat melihat perbezaan. Ottie memilih cara makan tradisional dengan memakai sudu sambil menyembamkan muka ke dalam dulang. Sementara cara makan standard Delilah yang berfikir di luar kotak ialah menggunakan seluruh kekuatan untuk mengatasi graviti dan menuang mangkuk, dengan dulang yang masih terlekat. Hari-hari perjuangan yang dilalui untuk menyatakan betapa saya berbangga dengan kedua insan ini.

#4

Entah bagaimana, dalam sekelip mata 10 tahun berlalu dan orang ini telah hilang wajah utama dari cermin pandang belakang, tetapi dia masih mempunyai keupayaan untuk menarik nafas. Terima kasih kerana bersabar dengan saya, kerana melahirkan semua anak ini dan bersetuju untuk berkongsi hidup dengan saya.

#5

Saya berkata kepada mereka, “Tolong berhenti! Ibu kamu akan membunuh ayah jika terlupa untuk membersihkan ini kemudian.” Apa yang mereka dengar ialah, ‘Sila main lagi dan mulakan dengan membuat mesin gelombang besar yang mengeluarkan buih seperti penguji kapal perang yang membuat ikan paus pembunuh berasa murung. Jangan lupa basahkan kesemua lantai di sini…”

#6

Saya mungkin mempunyai kromosom Y di mana wanita mempunyai X tetapi itu hanya secara biologi. Sebagai bapa kepada 4 anak perempuan, saya tidak mahu anak perempuan saya terhad kepada apa yang dikatakan oleh orang dengan apa yang mereka boleh lakukan. Jadi saya memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa untuk menyokong dan menggalakkan anak perempuan saya menjadi apa yang mereka mahu, untuk meraikan dan meneruskan pencapaian wanita seperti Emmeline Pankhurst, Ella Fitzgerald, Coco Channel, Marie Curie dan Henrietta Swan Leavitt bersama sekumpulan ahli astronomi wanita yang menjadi bos kepada nasib diri sendiri.

#7

Bintang air mata ini membuktikan bantahannya di atas keputusan saya lebih tebal daripada gincu pekat yang melekat erat di atas permaidani. Saya berharap boleh menggunakan taktik seperti ini pada mesyuarat akan datang.

#8

Mereka menyukai ayahnya memakai tutu. Ia pasti mengelirukan beberapa deria, tetapi mereka seolah-olah suka dan kadangkala sedikit lari daripada norma adalah sesuatu yang kita perlukan.

#9

Dalam masa 5 minit, tubuh badan berubah menjadi radas pendakian sebaik sahaja menjejakkan kaki di rumah selepas tidak melihat mereka selama dua hari. Saya tidak fikir Anya menyedari saya telah pergi selama dua hari itu. Saya pasti mereka merindui saya tetapi saya terus berasa kagum bagaimana dengan begitu cepatnya rutin itu dilanjutkan seperti biasa!

#10

Waktu tidur dimulakan dengan sesi yoga yang berakhir dengan Ottie bersembunyi selama 15 minit dalam diam dan saya menjerit-jerit mencarinya di dalam gelap kerana saya fikir dia telah pergi, yang kemudian didapati sedang memakan coklat di bawah meja Anya yang ditutupi selimut. Sudah tentu, kerana saya terus memfokuskan kesemua tenaga saya kepada mereka berdua ini.

#11

Ini adalah gambar kejayaan, walaupun saya tidak ragu-ragu kami akan dilawati oleh mereka pada jam 3 pagi kerana mereka fikir ia sudah betul-betul waktu pagi.

#12

Agak sukar memotivasi seorang anak yang enggan menggunakan kakinya untuk menampung berat badan sehingga ia membawa kepada kekecewaan. Cara kreatif anda ketika mengatasi masalah menjadi begitu dramatik sehingga terdapat orang sekeliling yang berfikir anda sedang cuba memikat mereka!

#13

Pandangan dari tahun 1920-an akan mengejek lelaki yang membawa bayi mereka seperti ini. Perkara biasa aksesori pakaian anda adalah seperti ini. Malah saya menggunakan ia untuk menggandakan faktor tambahan ‘wow’! Kini kita ternampak lebih kelakian apabila menunjukkan keupayaan untuk menjaga anak-anak dan jika anda berfikir sebaliknya, maka anda akan melihat sekeliling dan anda sebenarnya bergerak ke masa lalu dan mundur.

#14

2 orang kanak-kanak berkulit lembut putih gebu ini mahu menambah kegelapan pada kulit mereka dengan krim ini yang mereka jumpa di dalam laci bilik saya. Pengajaran pertama, jika mereka tiba-tiba senyap, sesuatu yang buruk sedang berlaku, dan pengajaran kedua, saya selalu akan dipersalahkan oleh ibunya walaupun saya tidak berada di tempat kejadian.

#15

Ini tahun 2019 dan hampir kesemua tandas lelaki tidak dilengkapi dengan kemudahan menukar lampin pakai buang. Walaupun kehidupan anda dikelilingi wanita, situasi seperti ini akan membuat anda bertindak sama ada anda memasuki tandas golongan OKU atau mencari tempat seperti dahulu kala seperti di bawah pokok atau di lembah tersembunyi untuk menukar lampin si kecil, jika kesemua wanita itu sedang sibuk.

#16

Peralihan dari katil bayi ke katil kanak-kanak perempuan adalah sama seperti banduan dipindahkan dari penjara Alcatraz ke penjara sekuriti minimum yang mempunyai dasar pemeriksaan berbeza. Sekarang setelah membaca 2 buku dan separuh, terutamanya kepada diri saya sendiri semasa mereka melakukan gimnastik dan ketawa melihat bayang-bayang sendiri. Itulah masanya apabila ibunya datang mengambil giliran untuk melihat siapa yang mempunyai tugas sia-sia ketika mahu menidurkan mereka!

#17

Kepada mereka yang berfikir kehidupan sosial anda berakhir selepas mempunyai anak, jangan membataskan diri anda dengan berfikiran begitu. Anda masih mampu menikmati kehidupan anda seperti mana isteri saya ini.

#18

Delilah menggunakan peti sejuk untuk menjalankan latihan simulasi perubahan iklim sebelum perjalanan ke nurseri. Saya baru saja memberkas orang yang bertanggungjawab mencetakkan kakinya di dalam mentega dan terus menghilangkan yogut, sosej, anggur, beri biru dan keju. Bukti mengapa selalu sahaja perutnya menjadi sejuk dan kelihatan tidak bersalah apabila menunjukkan wajahnya yang kesakitan.

#19

Ibunya melayan kerenah mereka yang enggan memakai pakaian lebih tebal ketika cuaca yang sangat sejuk dengan berbaring di atas jalanan bersebelahan mereka dalam keadaan diam. Teknik yang sentiasa berkesan dan mereka akan akan bangkit tidak lama kemudian. Anda perlu menang ketika menghadapi situasi seperti ini.

#20

Anak kembar ini mahu keluar dari bilik mandi secara serentak dan mahu diri dibungkus seperti karung kentang sambil saya menyanyikan lagu tema filem blockbuster dan saya tidak tahu dari mana idea ini berasal. Oh! sebagai kejutan istimewa, kembar saya sekarang memanggil ibu mereka sebagai ‘Clemmie’ kerana saya yang melatihnya ketika mereka mendengarnya begitu.

#21

Kita harus membuatnya mustahil untuk menanggalkannya dari pakaian, permaidani dan lain-lain kain secara umum. Selepas itu ambil waktu seharian dan pergilah ke spa.

#22

Beberapa minit kemudian seorang pengawal keselamatan menegur dan saya memohon supaya Ottie untuk tidak membuka dadih itu. Dia tidak menghiraukan saya. Apabila kami sampai di kaunter, saya terus memunggah segala-galanya dari bakul. Selepas beberapa orang awam membantu saya mengeluarkan barang, kembar saya menjerit selama 5 minit tanpa peduli kerana saya sedang menunggu segala-galanya untuk diimbas. Saya kemudian terlupa nombor pin dan bergelut menarik wang tunai yang cukup, menyedari bahawa saya telah membeli terlalu banyak. Seperti yang anda boleh bayangkan, kembar dan saya tidak bercakap selepas itu. Kami memerlukan sedikit ruang.

#23

Saya melakukan kesilapan apabila menutup Ottie dan Delilah dengan selimut dan membuatnya seperti khemah menggunakan kaki sebagai tiang sambil mereka menghabiskan susu botol di dalamnya pada waktu pagi. Kemudian saya menggeletek mereka dari luar. Sudah tentu mereka sangat-sangat suka dan ingat. Kini, setiap pagi mereka memerlukannya sebagai rutin harian.

#24

Anya dan Marnie kadangkala memainkan peranan dan memberi kami sedikit ruang untuk bernafas, membantu mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga adik-adik mereka.

Sumber : father_of daughters/InstagramBored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular