Pihak berkuasa Singapura telah menarik semula jenama air mineral dari Malaysia yang mengandungi bakteria alam sekitar yang lazimnya terdapat dalam tanah, air dan bahan kumbahan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Jun 2019, Agensi Makanan Singapura (SFA) mendakwa bahawa mereka telah menemui bakteria jenis Pseudomonas aeruginosa dalam air mineral botol dengan isi padu 500 ml dan 1.5 liter berjenama “Starfresh” semasa rutin menyemak produk dijalankan, lapor Malay Mail.

Malay Mail

Berikutan penemuan ini, SFA mengarahkan pengimport air tersebut, Radha Exports, untuk menarik semula produk tersebut. Disamping itu, kenyataan itu juga menyatakan bahawa bakteria tersebut “boleh membiak dalam persekitaran air” selain daripada boleh tumbuh pada “permukaan bahan organik yang sesuai” yang bersentuhan dengan air.

SFA dipetik sebagai berkata,

“Penggunaan atau pengambilan produk yang tercemar dengan Pseudomonas aeruginosa boleh menyebabkan pelbagai jangkitan tetapi jarang sekali menyebabkan penyakit serius kepada individu yang sihat.”

Mediacorp

Oleh itu, pengguna yang telah membeli air mineral botol berjenama Starfresh dinasihatkan supaya tidak meminumnya. Tetapi, sesiapa yang secara tidak sengaja meminum air itu sebelum pengumuman dibuat perlulah mendapatkan nasihat perubatan, kata SFA.

Di samping itu, pengguna yang menerima kesan sampingan juga boleh menghubungi Radha Exports di talian +65 6220 2777 untuk pertanyaan lanjut atau untuk urusan pertukaran produk.

Sumber: Malay Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular