HONG KONG – Rakaman video membabitkan tindakan pasukan polis telah tersebar di Internet, menunjukkan sepasukan polis pengawal rusuhan yang bersenjata penuh berada bertentangan dengan seorang ibu salah seorang pemprotes undang-undang ekstradisi.

Ibu ini menjerit kepada anggota polis, “Saya tidak mahu tempat ini menjadi Dataran Tiananmen!”

Sinchew

Polis Hong Kong berkata kepada ibu yang tidak bersenjata ini dengan keras, “Pergi, kami tidak mahu menyakiti kamu!”

Ibu ini berdiri di hadapan perhimpunan aman dan menjerit kepada polis: “Jangan cederakan anak yang lain!”

HECTOR RETAMAL/AFP/Getty Images

Ibu ini berkata, “Bertenang, kita semua adalah orang yang baik, kita semua orang yang tenang, yang berkasih sayang, kita perlu berhenti di sini, kami sentiasa menganggap anda sebagai sebuah keluarga. Kita semua adalah bersaudara, semua adalah orang Hong Kong.”

“Anda juga ada anak-anak sendiri, juga bapa kepada anak-anak. Jika anak anda bangkit dan terjatuh satu demi satu, apa yang anda perlu lakukan? Di kalangan mereka mungkin ada saudara mara atau jiran-jiran anda!”

“Saya juga seorang ibu, anda juga mempunyai anak-anak. Kenapa anda mahu memperlakukan kepada anak-anak seperti ini?”

Tambahnya lagi, “Anda semua sudah terlalu dekat dengan kami, cukuplah! Saya juga sudah terhidu gas pemedih mata dan menerima padahnya, bergerak satu langkah ke belakang, ya? Kami tidak mempunyai senjata, dan kami tidak akan menyerang anda, jadi mengapa mahu membuli saya seorang wanita.”

Ibu ini kemudian berpaling kepada penunjuk perasaan, “Mereka (polis) juga sedang bekerja, kita semua orang baik, kita semua percaya bahawa polis orang yang baik, semua orang kembali berundur! Semua orang bertenang.”

SCMP

Walau bagaimanapun, panggilan serta rayuan lembut ibu ini tidak berfungsi, dan pihak polis menembak gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan.

Seorang netizen Hong Kong yang bernama Tsang Chi Ho telah memuat naik video ini, ramai netizen turut meninggalkan komen, “Kami telah menangis, Hong Kong!”

Susulan rakaman video mengenai situasi tersebut:

香港地|Facebook

Dan juga,

志森與志豪|YouTube

Sumber : Sinchew , South China Morning Post

Maybe you're interested :

Share

Video Popular