Dilaporkan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang menghidupkan lampu atau tidur di depan televisyen berisiko mengalami kenaikan berat badan. Kajian itu diterbitkan pada hari Isnin dalam jurnal profesional antarabangsa yang berwibawa iaitu Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

pxhere

Agence France-Presse melaporkan bahawa kajian tersebut telah dijalankan ke atas hampir 44,000 orang wanita Amerika selama lima tahun. Kajian tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori; sumber cahaya bukan semula jadi, sumber cahaya malam, cahaya daripada jam radio, cahaya daripada televisyen dan cahaya daripada lampu jalan.

Antara salah satu penemuan yang penting sepanjang tempoh kajian itu ialah wanita yang tidur di depan televisyen atau dengan lampu bilik terbuka berhadapan dengan 17% peningkatan berat badan iaitu lebih kurang sebanyak 5 kilogram

Gambar oleh Jennifer Burk di Unsplash

Yong-Moon Park, pengarang bersama National Institute of Environmental Health di Utara Carolina mengatakan antara cara untuk mengurangkan kadar obesiti orang awam ialah dengan memberi perhatian kepada kesan yang diberikan oleh sumber cahaya tiruan atau cahaya bukan semula jadi semasa waktu tidur malam.

Mereka percaya bahawa cahaya boleh menghalang rembesan melatonin yang seterusnya mengganggu jam fisiologi dan cara pemakanan.

pxhere

Antara kesan lain yang boleh disebabkan oleh cahaya ialah “tekanan kronik” yang boleh mengganggu hormon seperti glucocorticoids yang mengawal pengambilan makanan atau mungkin juga secara langsung mempengaruhi kadar metabolisme.

Walau bagaimanapun, kajian ini juga mempunyai batasan antaranya ialah data itu sendiri kerana data tersebut diperolehi melalui responden sendiri dan pengkaji tidak tahu kekuatan sumber cahaya yang digunakan mereka (responden).

Pendedahan kepada cahaya yang tinggi juga boleh menyebabkan berlakunya beberapa hal lain seperti kebimbangan terhadap sosioekonomi dan gaya hidup yang tidak sihat. Perkara inilah yang akhirnya boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan obesiti.

Sumber: ORIENTALDAILY.COM

Maybe you're interested :

Share

Video Popular