PATNA – Sekurang-kurangnya 31 orang kanak-kanak di utara India maut akibat jangkitan otak sejak awal bulan ini.  Menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu, kejadian tersebut dipercayai ada kaitan dengan sebatian toksik yang ditemui dalam buah laici.

Kata pihak berkuasa lagi, dua buah hospital di daerah yang terkenal dengan dusun laici yang subur iaitu Muzaffarpur dan Bihar melaporkan kes kematian tersebut.

Ashok Kumar Singh, Pegawai Kanan Kesihatan berkata, semua kanak-kanak itu menunjukkan gejala Sindrom Ensefalitis Akut (AES) di mana majoriti mengalami kehilangan glukos dalam darah secara tiba-tiba.

“Jabatan kesihatan sudah mengeluarkan nasihat kepada orang ramai supaya menjaga anak mereka ketika musim panas apabila suhu mencapai 40 darjah Celsius,” kata Singh.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 40 orang kanak-kanak lain yang mengalami gejala sama sedang dirawat di unit rawatan rapi hospital tersebut.

S P Singh, Ketua Pegawai Perubatan Hospital dan Kolej Perubatan Sri Krishna berkata mereka akan cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Sejak tahun 1995, wabak tersebut berlaku di Muzaffarpur dan daerah bersebelahan pada setiap tahun ketika musim panas dan biasanya dikaitkan dengan musim laici.

Penyakit tersebut yang dikenali sebagai Chamki Bukhar oleh penduduk tempatan telah meragut 150 nyawa sejak tahun 2014.

Dikatakan terdapat kajian Amerika Syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan bahan toksik dalam laici, tetapi penyebab terperinci tidak diketahui.

Sumber: BH ONLINE , ORIENTALDAILY

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular