Masih tidak boleh melupakan lagi filem Avengers: Endgame? Kabin yang terletak di pinggir tasik ini mungkin mengingatkan anda terhadap sesuatu. Ya, ia merupakan rumah Tony Stark di dalam filem berkenaan.

Airbnb

Kabin tersebut walau bagaimanapun telah disenaraikan pada Airbnb untuk disewakan kepada orang ramai. Suasananya cukup nyaman dan pasti anda teringat-ingat akan adegan di rumah berkenaan.

Twitter @MattyAmazing / Marvel Studios

Untuk anda yang tidak begitu ingat, rumah berkenaan merupakan kediaman Tony bila mana anaknya, Morgan berkata “I love you 3000” kepada bapanya. Di situ jugalah merupakan lokasi Tony menyelesaikan kerumitan pengembaraan yang melangkaui masa.

Paling menyedihkan, ia turut menjadi lokasi pengebumian Tony pada penghujung filem tersebut. Airbnb difahamkan telah disenaraikan rumah 3 bilik lengkap dengan pemandangan tasik ini sehingga ia disedari oleh pengguna Reddit, u/Brayud. Ia kemudian telah dihebahkan beberapa portal dalam talian, sebelum tular.

Kos sewa untuk satu malam adalah sebanyak USD3335 (RM1,394) di mana ia boleh memuatkan seramai 6 orang dan terletak 20 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta.

Airbnb

Rumah itu difahamkan turut lengkap dengan tangga yang akan mengingatkan kita terhadap adegan filem berkenaan.

Airbnb

Walaupun kebanyakan adegan di dalam rumah itu mungkin dirakamkan di tempat lain, namun tangga berkenaan nampaknya betul-betul sama dengan tangga yang Morgan duduk ketika Tony sedang memikirkan tentang pengembaraan masa di ruang makan.

Bagi membuktikan teori tersebut, pengguna Reddit, u/Brayud juga turut membandingkan foto pintu di dalam senarai Airbnb dengan ‘screenshot’ daripada filem berkenaan:

Menurut beberapa pengguna Reddit yang lain, kabin yang sama turut digunakan di dalam filem Godzilla: King of the Monsters, yang ditayangkan sebulan selepas filem Endgame dan kini masih lagi ditayangkan di pawagam.

Reddit u/Brayud

Kebetulan pula, kanak-kanak perempuan comel yang melakonkan watak Morgan dalam Endgame, Lexi Rabe, turut berlakon dalam filem Godzilla berkenaan untuk watak Millie Bobby Brown versi kecil.

Jadi, jika anda teringin dan mempunyai wang lebih, apa salahnya untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di sana.

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular