75 tahun memendam perasaaan, mereka yang pernah menjadi pasangan suatu ketika ditemukan semula dan tiada apa yang lebih membahagiakan berbanding pertemuan ini.

France 2

KT Robbins, 97, pertama kali bertemu dengan cinta hatinya, Jeannine Pierson, 92, ketika wanita itu berumur 18 tahun ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1944.

Pertemuan pertama mereka adalah di sebuah kampung kecil di Briey, iaitu kampung Jeannie ketika Robbins meminta ibu Jeannie membantunya untuk mencuci pakaiannya. Pada waktu itu, Robbins berumur 24 tahun dan berkhidmat sebagai askar.

Walau bagaimanapun, mereka terpisah setelah Robbins dipindahkan ke Eastern Front dan masing-masing mempunyai keluarga dan kehidupan sendiri. Namun, siapa sangka, sebenarnya dalam lubuk hati yang paling dalam, mereka masing-masing masih mencintai antara satu sama lain.

France 2

“Saya memberitahu dia bahawa saya mungkin akan kembali dan membawanya, tetapi hal itu tidak berlaku seperti itu,” kata Robbins dalam temubual di saluran televisyen Perancis, France 2.

“Apabila dia beredar dengan menaiki trak saya menangis, tentu saja, saya sangat sedih,” tambah Jeannine. “Saya berharap, selepas perang tamat, dia tidak kembali ke Amerika.”

Apabila perang berakhir pada tahun 1945, Jeannine mula belajar bahasa Inggeris asas, dengan harapan Robbins akan kembali kepadanya satu hari nanti.

France 2

Sebaliknya Robbins, yang mendaftar dalam Infantri ke-26, Bahagian Pertama pada tahun 1940 kemudiannya telah menjadi sukarelawan untuk berkhidmat di sebuah batalion roti, dan kembali ke Amerika.

Kemudian, di situlah Robbins bertemu dan menikahi Lillian, isterinya selama 70 tahun. Mereka bekerja di sebuah kedai perkakasan di Mississippi selama 50 tahun. Walau bagaimanapun, Lillian meninggal dunia pada tahun 2015 ketika usianya 92 tahun.

Sepertimana yang dilalui oleh Robbins, Jeannine juga telah berkeluarga setelah ditinggalkan oleh Robbins. Jeannine berkahwin pada tahun 1949 dan menjadi ibu kepada lima orang anak.

France 2

Akan tetapi, Robbins tidak pernah melupakan kekasih pertamanya, Robbins tetap menyimpan gambar tanpa warna Jeannine dan kampung Jeannine selama berpuluh tahun.

Dan Robbins masih mempunyai gambar itu ketika dia didatangi oleh sekumpulan wartawan Perancis untuk laporan mengenai veteran Perang Dunia II di Amerika Syarikat.

Robbins menunjukkan kepada mereka gambar Jeannine dan memberitahu mereka bahawa dia ingin kembali ke kampung Jeannine untuk mencari keluarganya sementara dia berada di Perancis.

France 2

Pada ketika itu, Robbins menganggap bahawa Jeannine telah meninggal dunia, sambil menambah: “Pasti saya tidak akan dapat bertemu dengannya.”

Walau bagaimanapun, para wartawan berjaya menjejaki Jeannine, mereka menemuinya di rumah persaraan di Montigny-lès-Metz, Moselle, kira-kira 27 batu dari tempat pasangan itu pertama kali bertemu.

Mereka mengatur perjumpaan untuk Robbins dan Jeannine di rumah persaraan dan Robbins berasa sangat teruja dan gembira.

France 2

Akhirnya, apabila bertentang mata setelah 75 tahun terpisah, Robbins dan Jeannine berpelukan, menatap mata masing-masing dengan penuh kesungguhan dan kegembiraan.

“Saya selalu mencintaimu. Kamu tidak pernah keluar dari hatiku,” kata Robbins kepada Jeannine.

Robbins kemudiannya mengeluarkan gambar Jeannine yang disimpan selama beberapa dekad, dan memberitahu kekasihnya: “Ini adalah kamu”.

“Wow,” balas Jeannine, terharu.

France 2

Jeannine kemudian bertanya mengapa Robbins tidak kembali untuk bertemu dengannya lebih awal.

“Saya selalu memikirkan dia, mungkin dia akan datang,” kata Jeannine. “Saya harap dia kembali.”

France 2

Beberapa jam kemudian, mereka terpaksa berpisah semula kerana Robbins perlu menghadiri acara ulang tahun D-Days landings. Tetapi, Robbins berjanji bahawa mereka pasti akan bertemu lagi.

Sebelum berpisah, Robbins berkata: “Jeannine, saya cintakan kamu.”

Sumber: Daily Mail, Mirror

Maybe you're interested :

Share

Video Popular