Sebuah penerbangan dari Manchester dilaporkan tergendala selama hampir lapan jam selepas seorang penumpang tidak sengaja membuka pintu kecemasan kerana terkeliru antara pintu kecemasan dengan pintu tandas.

Ketika kejadian, penerbangan PK702 milik Pakistan International Airlines (PIA) sedang bersedia untuk berlepas ke Islamabad pada jam 9.20 malam pada hari Jumaat, 7 Jun. Pintu kecemasan itu juga lengkap dengan gelongsor kecemasan yang sepatutnya digunakan sebaik sahaja pintu dibuka ketika kes kecemasan berlaku.

@omar_quraishi

Walaupun pada ketika kejadian, petanda bagi penumpang untuk kekal berada di kerusi penumpang telahpun dipasang, namun wanita berkenaan bertindak untuk pergi ke tandas, dan ketika itulah wanita itu tidak sengaja terbuka pintu kecemasan yang terletak berdepan dengan pintu tandas.

Dalam satu kenyataan, PIA berkata: “Penumpang tersilap membuka pintu kecemasan sehingga menyebabkan gelongsor kecemasan diaktifkan.”

Akibatnya, jadual penerbangan pesawat itu terpaksa dilewatkan dan semua penumpang perlu mengosongkan pesawat.

Pesawat itu akhirnya berlepas dari Manchester pada jam 5 pagi pada hari Sabtu.

Azazsyed/Twitter

Selepas gelongsor diaktifkan secara tidak sengaja, syarikat penerbangan boleh memilih untuk meneruskan penerbangan dan menggantikannya di pangkalannya, seperti yang dilakukan oleh PIA.

Tetapi apabila kapasiti pemindahan pesawat berkurangan, bilangan penumpang juga mesti dikurangkan dengan bilangan yang sepadan. Jadi, penerbangan PK702 hanya boleh berlepas selepas 38 orang penumpang secara sukarela menawarkan diri untuk berlepas dengan penerbangan yang seterusnya.

Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata pada hari Sabtu: “Semua penumpang telah disediakan makan malam. Penumpang yang sukarela pula disediakan dengan pengangkutan dan penginapan hotel dan akan diselaraskan pada penerbangan yang tersedia seterusnya.

“PIA menyesali kesulitan yang terjadi kepada penumpang kerana insiden ini.”

Pesawat berkenaan akhirnya tiba di destinasi pada pukul 4.10 petang pada petang Sabtu, tujuh jam lewat dari jadual asal. Selain itu, terdapat juga beberapa pelepasan lain yang turut ditangguhkan akibat gangguan itu.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh insiden ini, beberapa orang penumpang mengadu bahawa bagasi mereka telah ditinggalkan di Manchester.

Azazsyed/Twitter

Salah seorang daripada mereka, yang mengirim aduan melalui laman Twitter dengan nama “Sleeping Beauty”, menulis: “Perkhidmatan yang menyedihkan dari PIA. Saya adalah salah seorang daripada 38 penumpang yang secara sukarela tidak menaiki penerbangan PK702 supaya pesawat boleh terbang ke Islamabad kerana syarat mereka adalah semua 38 orang daripada kami akan mendapatkan barang-barang kami.

“Pertama, anda tidak memberikannya kepada kami di Manchester. Kemudian ketika kami tiba di sini hari ini kami diberitahu separuh daripada barang kami masih di lapangan terbang Manchester. Ramai antara kami yang tidak mempunyai pakaian untuk dipakai di sini. “

Syarikat penerbangan itu kemudiannya menulis: “Kami sangat sesali dengan penerbangan PK771 yang terpaksa ditangguhkan, yang mana merupakan akibat daripada insiden penerbangan PK702, yang melibatkan penumpang yang membuka pintu kecemasan pesawat.

Kami menyeru para penumpang untuk mematuhi arahan keselamatan kerana insiden itu mengakibatkan ketidakselesaan kepada ratusan penumpang lain.”

Ketua Eksekutif PIA, Arshad Malik dilaporkan telah memerintahkan siasatan terhadap insiden itu dan memaklumkan bahawa “pesawat itu berada di atas landasan semasa gelongsor kecemasan diaktifkan, jadi tiada apa-apa kecederaan berlaku.”

Sumber: The Sun, Independent

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular