Kadangkala, tabiat yang selalu kita lakukan boleh melambangkan personaliti diri kita, tanpa kita sedari.

Dan uniknya, kita juga lazimnya tidak tahu bahawa orang di sekeliling kita melakukan perkara yang sama dengan kita, tetapi dengan menggunakan cara yang berbeza!

Nah, di sinilah kita boleh ‘membaca’ personaliti diri seseorang. Misalnya, dengan cara kita ataupun mereka yang memegang pen untuk menulis.

Menerusi ujian ini, anda hanya perlu memastikan jenis cara anda memegang pen ketika menulis, dan terus melihat huraian personaliti yang ada pada diri anda.

Selamat mencuba!

Bagaimanakah cara anda memegang pen?

Cara A, cara B atau cara C?

  • Cara A: Ibu jari dan jari telunjuk diletakkan bertentangan, dengan gerakan mirip ‘mencubit’ batang pen dan meletakkan pen di jari tengah.
  • Cara B: Menekan ibu jari pada jari telunjuk, dengan gerakan mirip ‘mencubit’ batang pen dan meletakkan pen di jari manis.
  • Cara C: Ibu jari, jari telunjuk, dan jari tengah dalam kedudukan yang agak lurus sambil memegang pen di hujung jari.

Jika anda masih belum pasti, cuba ambil sebatang pen sekarang dan ketahui cara mana yang anda sering lakukan!

Cara A

Anda mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan firasat dan sebab. Bagi perkara yang tidak tergesa-gesa untuk membuat kesimpulan, anda cenderung untuk bertindak dengan alasan yang munasabah.

Berbanding dengan mereka yang bergantung kepada alasan untuk menilai segala sesuatu, firasat anda adalah lebih sensitif dan anda boleh membuat pertimbangan berdasarkan perasaan anda.

Selain itu. Anda juga adalah orang yang boleh menggunakan otak kiri dan kanan dengan fleksibel.

Walaupun firasat anda lazimnya tepat, namun anda sebenarnya sangat bagus dalam membuat percaturan dengan berhati-hati, terutamanya mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan diri anda sendiri, dan anda akan lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan. Disamping itu, untuk perkara yang tidak penting, anda lazimnya akan bertindak mengikut naluri anda, tanpa mengira perkara lain.

Cara B

Tidak kira apa yang berlaku, anda akan mengambil tindakan hanya selepas melakukan analisis dengan tenang.

Walaupun anda dipaksa terlibat dalam keadaan yang mendesak, anda akan menangani masalah itu dengan baik supaya keputusannya tidak akan bertambah buruk.

Dalam kumpulan, anda boleh dengan mudah menjadi perhatian bagi orang di sekeliling anda. Sebaik sahaja anda menghadapi masalah, semua orang boleh melihat sisi kepimpinan anda dan mereka boleh bergantung harap kepada anda.

Cara C

Anda tidak akan membuat keputusan terburu-buru ketika sedang terinspirasi, dan anda tidak akan mengambil tindakan selepas pertimbangan yang teliti.

Anda sering menggunakan sikap “semula jadi” untuk menghadapi pelbagai situasi.

Anda cenderung untuk berfikir dengan cepat. Apabila sesuatu berlaku, anda boleh mengetahui hasilnya dengan segera. Anda tidak akan mengambil tindakan yang terdesak mengikut keadaan semasa, dan anda juga tidak akan mengkaji sebab disebalik hal yang berlaku.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular