Bukanlah suatu berita baharu apabila mengetahui suhu di Rusia jatuh ke paras yang sangat rendah apabila tibanya musim sejuk. Walaupun kebanyakan penduduknya sudah terbiasa dengan cuaca sejuk melampau di kawasan itu, namun hal itu tidak berlaku kepada haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan itu. Tidak semua haiwan di sana mempunyai daya tahan yang kuat untuk menentang kesejukan melampau di Rusia.

Vesti Rossiya

Haiwan peliharaan dengan kaki yang terkena radang dingin (frostbite) bukan satu kes yang jarang berlaku di Siberia dan malangnya, kes ini juga adalah kes yang paling sering berlaku. Walau bagaimanapun, kucing yang seekor ini cukup bernasib baik kerana mempunyai pemilik yang mempunyai rancangan yang sama sekali berbeza untuk haiwan kesayangannya itu.

Vesti Rossiya

Vesti Rossiya

Ryzhik telah kehilangan semua empat kakinya pada bulan Januari apabila suhu jatuh mendadak di Tomsk. Kesemua kakinya terkesan dengan teruk dan keradangan itu telah tersebar sehingga ke dalam ototnya. Oleh itu, doktor haiwan yang merawatnya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memotong kesemua empat kaki Ryzhik.

Walau bagaimanapun, pemilik Ryzhik tidak menyerah pada kucing kesayangannya itu dan memutuskan untuk membuat hidupnya selesa semula. Jadi, pemilik Ryzhik membawanya ke sebuah klinik di Novosibirsk yang merupakan pakar dalam menghasilkan anggota tiruan.

Vesti Rossiya

Di klinik itu, Ryzhik dilengkapi dengan empat kaki buatan. Klinik tersebut menggunakan tomografi komputer dan pemodelan 3D untuk menghasilkan anggota badan yang paling selesa untuk Ryzhik.

Vesti Rossiya

Vesti Rossiya

Pakar bedah Sergey Gorshkov melaporkan bahawa Ryzhik “adalah kucing pertama di dunia yang menjalani pembedahan sedemikian,” yang menjadikannya kucing pertama di dunia yang mempunyai empat anggota buatan. Cukup menarik!

Vesti Rossiya

Gorshkov juga menjelaskan bahawa anggota badan Ryzhik diperbuat dari titanium dan dilekatkan pada tulang. Bahagian yang melekat dengan kulit dan tulang pula dihasilkan menggunakan bahan mirip span untuk membolehkan tisu tumbuh di sekelilingnya.

Vesti Rossiya

Vesti Rossiya

Rakaman ini menunjukkan Ryzhik berjalan-jalan dan menuruni tangga dengan menggunakan kaki buatannya yang baru.

Anna Liesowska/YouTube

Ryzhik masih belum boleh berjalan atau berlari dengan yakin, tetapi pakar menyatakan bahawa hal itu mungkin hanya sementara dan tidak lama lagi, Ryzhik akan terbiasa dengan kaki baru dan akan berjalan dengan lebih mudah di masa depan.

Anna Liesowska/YouTube

Klinik Gorshkov adalah pakar dalam membantu haiwan dalam masalah yang sebelum ini tidak mempunyai jalan penyelesaian mudah dan mereka merintis kaedah baru untuk menyelamatkan haiwan-haiwan malang ini.

Sumber: The Siberian Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI Pesona

Video Popular