KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga set tren empat gerabak KL Monorail akan ditambah pada operasi KL Monorail bermula pada bulan Ogos ini bagi menampung kapisiti pengguna.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata bahawa enam set tren dua gerabak sebelum ini yang digunakan tidak cukup untuk menampung jumlah pengguna yang ramai dan sering kali berlaku kesesakan di dalam gerabak ketika tiba waktu-waktu puncak.

BERNAMA

“Dua set tren sedang dibaiki dan kita memerlukan minimum tiga set tren. Jika kita tidak dapat menggantikan dua set berkenaan, pengguna akan mengemukakan aduan kerana kita telah berjanji untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan monorel. Semoga ia akan boleh beroperasi semula pada 16 Ogos”, katanya mengadakan lawatan secara mengejut di depot monorel hari ini.

vollorider

Menurutnya, tambahan dua set berkenaan dijangka akan mula beroperasi pada bulan November bagi menampung kapasiti pengguna daripada 31,000 hingga 70,000 orang. Pada bulan April lepas, Prasarana Malaysia Bhd dan Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STP) telah menandatangani peroleh dan baik pulih tren monorel di bawah perkhidmatan KL Monorail.

thecompletecityguide

Berdasarkan perjanjian tersebut, STP akan membaik pulih lima set tren empat gerabak yang dihentikan perkhidmatan sejak Januari 2018 bagi tujuan pembaikan selain membekalkan tujuh lagi set tren yang baharu dalam tempoh 20 bulan. KL Monorail juga akan beroperasi.

Sejak tahun 2015, operasi monorel menggunakan lima set tren empat gerabak dan enam set tren dua gerabak. Namun selepas perkhidmatan lima set empat gerabak dihentikan, ia kini beroperasi dengan enam tren dua gerabak sahaja.

Sumber: BERNAMA

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular