Pada zaman kini, aspek keselamatan amatlah penting dan perlu diutamakan kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.

Di tambah pula, kes-kes jenayah semakin menjadi-jadi. Dahulu, kanak-kanak misalnya bebas bermain di luar rumah dan berjalan ke sekolah namun kini tidak lagi.

Risiko mereka untuk diculik agak tinggi berbanding dengan dahulu. Bukan golongan kanak-kanak sahaja yang menjadi sasaran, orang dewasa turut berpotensi menjadi mangsa.

Ini dibuktikan apabila terdapat seorang wanita yang berjaya menyelamatkan diri daripada penghendap dalam sekelip mata. Jika terlambat, tidak tahu pula apa yang bakal terjadi seterusnya. Pada jam 6:20 pagi pada 28 Mei lalu, wanita ini berjalan pulang ke rumahnya yang terletak di Sillim-dong, Seoul.

Channel A News (Korea)|YouTube

Apa yang mengejutkan adalah, dia tidak keseorangan kerana terdapat seorang lelaki yang mengikutinya beberapa meter di belakang, lapor Channel A News (Korea).

Channel A News (Korea)|YouTube

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa lelaki itu hanya pejalan kaki biasa namun rakaman CCTV membuktikan bahawa wanita itu sudah beberapa kali menoleh kepalanya ke belakang, menandakan bahawa dia tahu dirinya sedang diekori. Dia walau bagaimanapun berjaya berjalan sehingga tiba di pangsapurinya. Sungguh menakutkan!

리니지M전담|YouTube

Sungguhpun begitu, setibanya dia di rumahnya, rakaman CCTV menunjukkan dia berdiri untuk membuka pintu rumahnya dan setelah pintu berjaya dibuka, dia tidak perasan akan lelaki itu yang betul-betul hampir di belakangnya, menunggu masa untuk ‘menerkamnya’.

리니지M전담|YouTube

Mujurlah, lelaki itu lambat beberapa saat dalam mengikuti wanita itu masuk ke rumah dan pintu rumah tersebut ditutup pada masa yang tepat. Namun, lelaki itu tidak berhenti setakat itu kerana dia masih lagi berlegar-legar di hadapan pintu, cuba untuk membukanya.

리니지M전담|YouTube

Wanita berkenaan kemudiannya menghubungi pihak polis yang akhirnya berjaya menangkap lelaki itu yang dikenali dengan nama “Cubaan perogol di Sillim-dong” di media sosial keesokan harinya.

Balai Polis Gwangyang yang menyerbu rumahnya telah berjaya melakukan penangkapan walaupun lelaki yang berusia 30 tahun itu tidak akan didakwa atas jenayah rogol. “Untuk mendakwa di bawah jenayah rogol, keganasan dan ugutan perlu ada. Jadi, agak sukar untuk menentukannya menerusi rakaman CCTV sahaja,” jelas polis.

Tonton video tersebut:

Sumber: Channel A News (Korea)|YouTube리니지M전담|YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular