Nampaknya generasi muda masa kini lebih berasa bimbang akan masa depan planet kita. Apabila anda memikirkan hal ini, ia sememangnya masuk akal kerana mereka adalah orang-orangnya yang akan mengalami kesan tragis dari tingkah laku konsumeristik dan pelik generasi terdahulu.

Oleh kerana terdapat keperluan mendesak untuk perubahan besar, pelbagai inisiatif di seluruh dunia telah dilakukan dengan gabungan serta bantuan generasi muda dalam usaha menyelamatkan planet bumi. Walaupun mereka bukan orang yang merosakkannya, tetapi cukup jelas bahawa mereka akan menjadi orang yang akan menyelamatkannya. Inisiatif ini sudah mula dilakukan di Filipina.

Pada 15 Mei, Kongres Filipina meluluskan undang-undang yang memerlukan setiap pelajar di Filipina menanam 10 pokok sekiranya mereka ingin melanjutkan dan menamatkan pengajian di sekolah.

Rang undang -undang ini menyatakan dalam peruntukannya bahawa keperluan ini terpakai kepada semua pelajar untuk lulus sekolah rendah, sekolah menengah, dan institusi pengajian tinggi.

Joe Digital & Co / Gambar Hiasan

Rang undang-undang itu diperkenalkan oleh Ahli Kongres Gary Alejano.

Menurutnya, matlamat utama perundangan baru ini adalah untuk mempromosikan tanggungjawab antara generasi, bersama kepentingan perlindungan serta pemeliharaan alam sekitar.

Chris Poulin/USFWS / Gambar Hiasan

“Walaupun kita mengiktiraf hak golongan muda untuk ekologi yang seimbang dan sihat, akan tetapi tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh memberi sumbangan dalam memastikan bahawa inisiatif ini akan menjadi realiti sebenar,” kata Gary Alejano mengenai rang undang-undang itu.

Inisiatif ini akan membantu menanam 175 juta pokok.

Menurut Gary Alejano, walaupun hanya 10% dari semua pokok yang ditanam akan kekal dan selamat, tetapi ia masih mampu menghasilkan 525 juta pokok dalam satu generasi.

Trees For The Future /Gambar Hiasan

Hakikatnya kini, usaha terbaru ini bukan satu-satunya inisiatif positif yang melibatkan generasi muda.

Sebuah sekolah di India telah mula mendidik para pelajarnya membayar “yuran sekolah” mereka dengan mengumpul dan mengitar semula sisa plastik ke sekolah yang terletak di seluruh bandar. Inisiatif dengan cara ini secara jelas dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai pembuangan sisa plastik di negara-negara Asia. Ia juga membolehkan lebih ramai pelajar mendapatkan pendidikan dan juga membantu pelajar mendapatkan wang dengan mengitar semula plastik disamping mereka tidak perlu menjadi buruh kanak-kanak untuk kelangsungan kehidupan.

Sumber : Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular