Seorang wanita di Hong Kong baru-baru ini kehilangan 10 tahun ingatan memori buat seketika selepas membuang air besar di rumahnya.

China Press melaporkan bahawa wanita tersebut telah menghabiskan masa yang agak lama di dalam tandas kerana mengalami sembelit.

China Times /Gambar Hiasan

China Times turut melaporkan yang wanita ini kemudian telah mengalami amnesia selama lapan jam. Selepas insiden tersebut, wanita ini telah dikejarkan ke hospital oleh keluarganya untuk rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, doktor yang merawat mendapati otak wanita ini kemudian telah berfungsi secara normal, dan dia telah pulih dari gejala hilang ingatan selepas itu.

Wanita ini tidak mengingati yang dia sedang mengalami amnesia sama sekali.

Doktor mendedahkan bahawa keadaan wanita ini telah terjadi disebabkan oleh daya dan tekanan berlebihan yang digunakannya semasa membuang air besar.

Gambar Hiasan

Amnesia jangka pendek itu dilaporkan berlaku akibat daya atau tekanan berlebihan yang digunakan ke atas bahagian abdomen semasa seseorang mengalami sembelit dan membuang air besar.

Daya tekanan yang berlaku telah menyebabkan peningkatan dalam bahagian abdomen dan tekanan intra-serebral, yang menyebabkan kekurangan oksigen di dalam bahagian otak.

China Times juga melaporkan bahawa seseorang yang sering mengalami gangguan emosi atau sentiasa membawa objek berat juga mungkin berisiko mengalami penderitaan amnesia jangka masa pendek. 

Seorang doktor melaporkan mereka yang pernah mengalami amnesia jangka masa pendek juga berisiko mengalami strok sebanyak 30%.

Sumber: China Press, China Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular