Landak laut di kawasan perlindungan dilarang untuk dimakan atau ditangkap. Tetapi baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik perkongsian di internet mengenai apa yang dilihatnya semasa penyertaannya dalam aktiviti penafsiran ekologi. Dia telah melihat pengulas ekologi yang sedang memegang landak laut yang sudah dipecah dan dimakan oleh pelancong yang tidak bertanggungjawab, pengulas tersebut kelihatan marah dan kecewa.

Ramai netizen turut meluahkan perasaan kecewa dan marah. Seorang netizen yang berang berkata,” Jika ingin makan hanya pergi untuk membelinya sendiri!”

Landak laut dilindungi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi masih ada orang yang melakukan sesuatu yang boleh membahayakan ekologi.

Dilaporkan bahawa landak laut di kawasan tersebut dilindungi, dan merupakan spesies terancam di kawasan marin itu. Tetapi terdapat pelancong yang degil menangkap dan memakan landak laut di kawasan tersebut seperti menikmati makanan ‘bufet’.

Bilangan landak laut meningkat secara perlahan di bawah perlindungan dan penjagaan penduduk setempat, tetapi pada akhirnya pelancong dengan sewenang-wenangnya menangkap dan memakannya.

Menurut peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pingtung di Taiwan, terdapat beberapa zon pengawasan yang ditetapkan. Tanpa pengawasan jurupandu berdaftar atau penguasa tempatan, kawasan tersebut dilarang masuk, dan pelancong juga dilarang daripada menangkap atau memusnahkan habitat haiwan pemuliharaan itu dalam ruang zon pemuliharaan.

Pesalah boleh dikenakan denda sebanyak 30,000 yuan (kira-kira RM3,979). Sekiranya haiwan dan tumbuh-tumbuhan akuatik lain sewenang-wenangnya ditangkap, ia juga akan melanggar Artikel 44 dan 45 Undang-Undang Perikanan, dan penalti maksimum ialah 150,000 yuan (kira-kira RM19,899)!

Sumber: Cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular