Strok atau angin ahmar adalah salah satu penyakit yang sangat bahaya dan tiada seorang pun yang sanggup menghadapinya.

Namun, buat mereka yang terkena serangan strok nampaknya tidak mempunyai pilihan lain melainkan bersabar dan melakukan apa yang terdaya oleh mereka.

Penyakit ini membuatkan setiap pergerakan dan potensi seseorang menjadi sangat terhad bahkan apa yang lebih parah ada antara mereka yang boleh hilang ingatan akibat serangan penyakit ini.

Antara simptom awal yang boleh membawa kepada serangan angin ahmar ialah lemah badan, sehingga ada yang pengsan. Puncanya ialah salur darah pecah ataupun penyempitan salur darah mengalir ke bahagian otak yang akan menyebabkan kurangnya bekalan oksigen dan membuatkan sebahagian tisu otak menjadi rosak.

Syuhaib Mun|Facebook

Seorang pengguna Facebook, Syuhaib Mun baru-baru ini ada membuat sebuah perkongsian ke pada Siakap Keli mengenai pengalamannya berhadapan dan menguruskan isterinya yang diserang angin ahmar seawal usianya yang baru mencecah 28 tahun.

Berikut adalah perkongsian pemuda itu;

“Aku bekerja sebagai service technician yang miliki segalanya, ada seorang isteri yang baik dan dua orang anak yang menghiasi hari-hari kami. Bagi aku, hidup sederhanaku ini lebih dari cukup, aku bersyukur. Isteriku juga bekerja, Munirah namanya, dia merupakan sales associate.”

Syuhaib Mun|Facebook

“Hari itu tidak seperti selalu, masih aku ingat, mustahil untuk aku lupa. 12 Januari 2019, ketika itu waktu Isyak, Munirah masuk hendak pergi ke bilik air, tapi ketika sampai di pintu, dia jeda. Hanya diam tak berkutik sedikit pun, hanya berdiri di situ. Aku memandangnya, aneh melihat perilakunya.”

“Aku melihat dia seolah-olah tersenyum tapi senget ke sebelah kiri. Aku penasaran, apa yang lawaknya? Kenapa dia tiba-tiba senyum sebegitu?”

“Aku yang waktu itu sedang melayan kerenah anak-anak terus menerus bertanyanya. Munirah melangkah ke arahku, tepat ke arah sofa tempat aku duduk. Aku tak putus asa, pelik melihat gelagat dia yang tersenyum kidum. Aku memandangnya, tapi kali ini aku terkejut, aku lihat air liurnya sudah mengalir jatuh ke bawah. Aku terkejut!

Syuhaib Mun segera menghubungi ambulans dan menuju ke Hospital Bukit Mertajam. Ketika berada di dalam ambulans, isterinya kelihatan seolah-olah tidak mengenali dirinya. Menurut Syuhaib Mun setahu dia, Munirah tidak ada masalah darah tinggi atau kolestrol malah tidak pernah mengalami komplikasi sewaktu bersalin dahulu.

Syuhaib Mun|Facebook

“Memang Allah sahaja tempat aku mengadu, waktu keputusan MRI keluar, doktor maklumkan bahawa main artery Munirah tersumbat. Hampir aku terduduk, doktor kata:

“Muscles untuk pembuangan air kecil tak berfungsi, tangan, kaki tak boleh bergerak, malah keadaan (penyakit) ini turut memberi kesan kepada memori dan kemahirannya untuk menulis, membaca dan bercakap.”

“Ya Allah, puas aku usaha dan tawakal kepadamu. Aku cuba buat apa yang termampu. Sekarang dia hanya mampu untuk mumbling atau humming sahaja. Aku sendiri tak sanggup melihat isteri kesayanganku bersedih.”

Menurut Syuhaib Mun, pernah pada satu hari isterinya meminta supaya dia menceraikannya. Dia tidak menyangka wanita yang cekal dan kuat itu seakan-akan berputus asa apabila diduga ujian seperti ini. Syuhaib Mun memberikan kata-kata semangat kepada isterinya. Katanya:

“Kau isteri aku, tanggungjawab aku, aku kawin dengan kau sebab Allah, selagi aku bernafas, Insyallah sampai ke akhir nyawa aku pun, aku akan tetap jaga kau..”

Sejak itu isterinya tidak pernah menyebut tentang perkara tersebut malah semakin bersemangat dan fizikalnya pun semakin sihat. Kini isterinya itu sedang cuba untuk mengingati, belajar huruf ABC dan Nombor 123.

Syuhaib Mun|Facebook

Walaupun diduga seperti ini, namun Syuhaib Mun tetap bersyukur kerana masih dikelilingi orang yang membantu, memberi sokongan dan Allah sentiasa permudahkan urusannya. Menurut Syuhaib Mun, syarikat Munirah memberi isterinya cuti tanpa gaji kerana mereka masih memberi peluang untuk isterinya pulih seperti dulu.

Syuhaib Mun berharap agar orang ramai mendoakan kemudahan urusannya. Sempena Ramadhan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar Munirah kembali pulih.

Sumber: Syuhaib Mun|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular