Lemak di perut atau dalam bahasa Inggerisnya belly fat akan menjejaskan penampilan seseorang dan membuatkan kita berasa tidak selesa untuk menggayakan fesyen tertentu.

Jumlah lemak yang banyak di kawasan perut boleh mendorong kepada berlakunya penyakit serius seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Lebih menyakitkan hati lagi, lemak perut mengambil masa dan usaha yang sangat tinggi untuk menghilangkannya.

Tetapi tahukah anda mungkin terdapat punca-punca tertentu yang menyebabkan lemak di perut ini begitu degil dan sukar untuk dihilangkan…

#1 Jenis lemak perut

Jika anda mendapati anda mengalami kesukaran untuk mengurangkan lemak pada perut, mungkin salah satu sebabnya adalah anda telah memilih kaedah pengurangan berat badan yang salah.

Terdapat 5 jenis obesiti abdomen yang berpunca daripada pelbagai faktor. Kesemua jenis obesiti ni juga memerlukan diet dan senaman tertentu. Jadi, jika anda ingin mengurangkan lemak perut, kenal terlebih dahulu jenis perut anda dan rancang bagaimana anda ingin menanganinya.

#2 Terlalu memikirkan tentang berat badan

To the Bone / Netflix

Ada segelintir individu gemar menimbang berat secara kerap. Namun hakikatnya, anda haruslah seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada sentiasa menimbang berat setiap masa.

Hal ini kerana jika anda terlalu obses dalam mengetahui berat badan anda setiap masa, ia akan memperlahankan proses penurunan berat badan. Setiap kali anda melihat angka yang muncul pada alat penimbang itu tidak seperti yang anda jangkakan, anda akan mula meragui diri sendiri.

Pada masa yang sama, ia akan menyebabkan anda tertekan lantas mengalah lalu mula melegakan tekanan dengan makan banyak. Jadi, disarankan untuk menimbang berat seminggu sekali sahaja.

#3 Mengamalkan diet yang salah

© Ya khudeyu / Universal Pictures International   © Bridget Jones’s Diary / Miramax Films

Tubuh manusia memerlukan elemen tertentu, vitamin, karbohidrat dan juga lemak. Jika anda mengabaikan komponen-komponen ini, diet yang anda amalkan mungkin tidak akan memberikan manfaat seperti mana yang anda mahu.

Walaupun anda makan banyak sayur dan buah-buahan tetapi pada masa yang sama anda tetap memakan makanan segera, berat anda tetap akan sukar untuk diturunkan. Justeru, anda seharusnya memantau amalan pemakanan dan memastikan setiap hidangan mengandungi magnesium, vitamin, lemak sihat dan elemen lain.

#4 Bersenam tanpa kepelbagaian

Bridget Jones’s Diary / Miramax Films

Senaman dan aktiviti fizikal lain merupakan salah satu cara terbaik bagi menghapuskan lemak. Namun, pastikan senaman yang anda lakukan dapat mempengaruhi tubuh dalam pelbagai cara. Jangan sangka senaman itu hanya boleh dilakukan di pusat gimnasium sahaja.

Anda juga boleh bersenam di rumah dengan melakukan aktiviti seperti berenang, yoga dan juga mengemas rumah. Jangan sesekali terlebih bersenam kerana ia boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan tubuh.

#5 Tekanan

Acupuncture Today

Tekanan memberi kesan yang negatif kepada tubuh secara menyeluruh. Ia akan mempengaruhi diet, emosi dan juga keadaan fizikal seseorang. Tambahan pula, seseorang yang sentiasa tertekan akan merembeskan hormon stress iaitu cortisol sekali gus menyebabkan berlakunya pembentukan lemak.

Oleh demikian, pastikan anda sentiasa bertenang dan jangan bekerja terlalu kuat. Sekali sekala, luangkan masa anda untuk berhibur bersama rakan-rakan dengan menonton wayang dan sebagainya.

#6 Tahap androgen yang tinggi

healthbodha.com

Punca terakhir adalah sindrom Polycystic ovari (PCOS)Hal ini bermaksud hormon lelaki yang tinggi dalam tubuh wanita. Ia akan menjejaskan fungsi organisma seperti gangguan kitaran haid, kesukaran untuk hamil dan risiko diabetes. Jadi, PCOS akan mengakibatkan kesukaran untuk menghapuskan lelemak pada bahagian perut.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular