JAHANGIRABAD – Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Bayi berkenaan yang tidak didedahkan jantina dan umur itu dipercayai memasukkan wayar telefon pintar yang masih mengalir arus elektrik ke dalam mulutnya.

Kejadian tersebut berlaku ketika bayi itu ditinggalkan sendirian oleh ibunya di ruang tamu di rumah datuknya sebaik sahaja mereka tiba di sana. Dilaporkan juga ibu bayi itu terlupa menutup suis pengecas telefon pintarnya.

Susulan kejadian itu, bayi malang tersebut dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan namun dia disahkan meninggalkan dunia oleh doktor setibanya di hospital.

Sumber: ASTRO AWANI

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular