Dalam hidup, kadangkala kita perlukan hiburan untuk melepaskan tekanan sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Antara bentuk hiburan yang ditawarkan adalah seperti menonton wayang, makan dan juga berhibur di pusat karaoke…

Karaoke adalah salah satu tempat yang boleh kita menyanyi sepuas hati tanpa mempedulikan penilaian orang lain terhadap nyanyian kita. Tetapi, jika anda mempunyai suara yang sumbang, mungkin anda perlu mempertimbangkan keinginan anda untuk pergi karaoke pada masa hadapan.

Oriental Daily

Hal ini kerana baru-baru ini, dua lelaki telah dibelasah gara-gara nyanyian yang teruk sehingga membuatkan orang sekeliling berasa jengkel dengan mereka. Insiden ini dilaporkan berlaku di sebuah pusat hiburan yang terletak di Heilongjiang, China.

Oriental Daily  melaporkan bahawa pasangan duo itu sedang bersantai di pusat hiburan berkenaan. Tidak lama kemudian, salah seorang dari mereka bangun dan terus menyanyi sekuat hati. Secara tiba-tiba, seorang individu tidak dikenali menyuarakan ketidakpuasan hatinya dan memberitahu lelaki itu bahawa nyanyiannya amat teruk sekali. Selepas itu, dia keluar dari pusat hiburan terbabit.

Tiada sebarang pergelutan berlaku namun pasangan duo ini yang berang dan merasa tercabar telah mengikuti individu tersebut. Pada ketika itulah, mereka telah bertembung dengan sekumpulan lima lelaki maka tercetuslah pergaduhan.

The Karaoke Dude

Pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan segera memberkas kesemua suspek untuk dibawa ke balai.

“Sejujurnya, jika mereka tidak keluar dari pusat karaoke itu, kami sudah lama berlalu pergi,” kata salah seorang suspek yang mendakwa bahawa dia tidak tahu kedua-dua lelaki itu mengikutinya dari belakang.

Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan akibat insiden pukul tersebut.

Sumber: Oriental Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular