- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Selepas diselamatkan dan dijaga dengan teliti, anak burung tanpa bulu membesar menjadi burung yang cantik

Untuk melihat haiwan kesayangan membesar pastinya merupakan pengalaman yang menyeronokkan.

Tetapi lain pula yang berlaku kepada pemuda ini. Dia telah menemui seekor haiwan yang masih kecil mirip burung tanpa bulu.

Spesies sebenar burung tersebut tidak dapat diketahui kerana masih terlalu kecil. Seperti orang lain dia juga teruja untuk melihat burung itu membesar, menunjukkan spesies sebenarnya.

Namun hanya selepas 15 hari baru lah spesies sebenar burung itu diketahui!

Anda rasa apakah burung yang ditemui pemuda itu?

Anak burung yang tiada bulu, masih terlalu kecil dan mungkin baru menetas dari telurnya.

Anda dapat bayangkan apa agaknya jenis sebenar burung ini?

Imej burung selepas hari kesembilan, bulu-bulunya mula tumbuh tetapi wajahnya tidak banyak berubah.

Tetapi selepas 15 hari, burung itu mula membesar dengan fizikal yang hampir sempurna dengan warna bulunya yang berwarna-warni. Sangat cantik!

Pada ketika ini barulah pemuda itu tahu bahawa burung tersebut adalah burung nuri spesies Greenwing Macaw yang terkenal.

Ahli marin marin Marine Phlorian berkata: “Untuk terus hidup di hutan Amazon yang keras, burung nuri telah mengembangkan kemahiran unik yang tidak semua burung kakak tua mempunyai.”

Greenwing Macaw adalah salah satu burung yang paling cantik dengan bulunya yang berwarna-warni.

Spesies ini juga merupakan antara jenis burung yang bersaiz besar, tiada bulu di wajah serta memiliki ekor yang lebih panjang daripada brung nuri spesies lain. Greenwing Macaw juga sangat mesra tetapi anda perlu berhati-hati kerana ia juga boleh menggigit haiwan dan orang yang tidak dikenali.

Jangka hayat dikatakan boleh mencecah sehingga umur 80 tahun.

Greenwing Macaw biasanya hidup di hutan tropika, dengan memiliki ketinggian hingga 450-1400m.

Mereka biasanya hidup secara berpasangan atau berkeluarga. Makanan utama burung ini antaranya ialah biji-bijian seperti kacang.

Dengan paruhnya yang kuat dia dikatakan boleh memecahkan biji-biji yang keras.

Burung ini juga dikatakan suka berjemur.

Kerana warnanya yang cantik berwarna-warni serta sangat pintar, burung nuri ini sering menjadi kesukaan ramai justeru tidak mengejutkan jika ramai yang memelihara burung ini seabgai haiwan kesayang mereka.

Era Baru

loading...