Ingin tahukah dengan hanya 4 bahan sahaja anda boleh membuat twisties sendiri yang sedap dan rangup? Cara membuatnya amat mudah dengan menggunakan 4 bahan dan tidak sampai 5 minit Twisties sudah siap. Rasanya pula hampir serupa macam keropok twisties yang selalu kita beli.

Resipi Twisties buatan sendiri ini hasil perkongsian oleh saudari Sha Ramson Abdullah.

Resipi Twisties paling ringkas dan sedap.

Bahan-bahan

  • Laksa Beras (kering)
  • Serbuk Kari Daging
  • Gula (guna Organic Sugar Cane sebagai pilihan)
  • Garam (guna Garam Pink Himalayan sebagai pilihan)

Cara-cara

Dengan mengikut langkah demi langkah :

1. Patahkan laksa

Mula-mula patahkan laksa beras kepada bentuk lebih kecil.

Laksa kering tidak perlu direndam. Sebab kita akan terus goreng dalam minyak panas serupa macam menggoreng keropok.

2. Panaskan minyak

Bila minyak sudah panas, masukkan laksa beras ke dalam kuali. Nanti ia akan mengembang.

Apabila mahu menggoreng laksa kering, pastikan minyak betul-betul panas baru gorengan akan rangup.

3. Angkat dan tos

Apabila selesai menggoreng laksa kering, angkat dan toskan macam biasa.

Biarkan seketika. Sambil itu kita sediakan bahan untuk perasakannya.

4. Perasakan

Bila gorengan laksa beras sudah tidak panas, gaulkan ia dengan serbuk kari, sedikit gula yang dikisar halus dan garam secukup rasa.

Untuk hidangan keropok Twisties yang sihat, anda boleh guna gula tebu organik.

Dan garam pink Himalayan.

Kudapan Twisties sudah siap!

Anda boleh mengolah mengikut kreativiti.

Bagi yang sukakan perasa lain, bolehlah pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing. Boleh salut dengan serbuk keju atau tambah serbuk cili untuk rasa pedas. Terpulang kepada citarasa.

Di bawah adalah senarai ramuan dalam laksa beras. Anak kecil boleh makan kerana laksa ini tiada perasa tambahan, gula atau garam.

Jika mahu memberi makan kepada anak kecil, anda boleh tukarkan kepada serbuk ayam yang dibuat sendiri sebagai perasanya.

Diharap anda dapat mencuba resipi ini. Daripada selalu membeli, agak berbaloi juga jika membuat sendiri Twisties ini di rumah. Memang sedap, mudah dan cepat. Ia lebih sihat kerana kita boleh kurangkan garam dan gula mengikut keperluan sendiri.

Boleh menjadi kudapan untuk hari raya nanti. Selamat mencuba!

Sumber : Sha Ramson Abdullah/Facebook , Sirap Limau

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular