Kita semua tahu bahawa semua ibu bapa mahu lakukan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa sedaya upaya mahu melihat hidup anak-anak mereka bahagia.

Ibu bapa sentiasa mencari cara yang terbaik untuk membuat anak-anak mereka bahagia. Seperti ibu dari Hong Kong ini, setelah mengetahui bahawa anak perempuannya terasing daripada kanak-kanak lain di sekolah, Candace Ku mahu memastikan bahawa pada masa akan datang anaknya akan dapat bergaul dengan kanak-kanak yang lain.

@candacemama|Facebook

Candace yang prihatin dengan keadaan anak perempuannya, melihat anaknya itu sering murung apabila pulang dari sekolah. Dia cuba mencari punca dan penyebab mengapa anaknya kelihatan tidak gembira apabila pulang ke rumah dari sekolah.

Dia menyedari bahawa anak perempuannya bermain bersendirian di taman permainan sementara kanak-kanak lain mengabaikannya.

Naluri ibunya memutuskannya untuk melakukan sesuatu. Candace Ku menghabiskan banyak malam memikirkan bagaimana dia dapat memperbaiki kehidupan sekolah anak perempuannya, dan akhirnya dia mendapat satu idea yang menarik. Candace memutuskan untuk menyediakan makanan tengah hari versi kartun yang comel.

@candacemama|Facebook

Berfikir bahawa jika dia menghiasi makanan dengan watak-watak kartun yang disukai oleh kanak-kanak, ia akan memulakan perbualan dan anak perempuannya tidak akan lagi merasa kesepian serta tidak sendirian di sekolah.

@candacemama|Facebook

Walaupun Candace terpaksa bangun awal untuk menyediakan bekal makanan tengah hari untuk anak perempuannya itu, ianya berbaloi kerana semuanya berjalan dengan lancar dan ideanya nampaknya berjaya.

@candacemama|Facebook

Tertarik dengan makanan kreatifnya, kanak-kanak lain di sekolah mula mendekati anak perempuannya dan mahu berkawan dengannya.

Apabila anak perempuannya pulang dari sekolah, senyuman lebar terukir di wajahnya, dengan gembira memberitahu ibunya bahawa kanak-kanak lain mahu makan bersamanya.

@candacemama|Facebook

Melihat anaknya yang gembira, Candace Ku memutuskan untuk terus membuat bekal makanan tengah hari untuk anaknya itu.

@candacemama|Facebook

Ramai netizen yang tertarik dengan idea kreatif Candace dan memuji tindakannya yang begitu prihatin dengan keadaan anak perempuannya itu. Ternyata idea kreatif Candace tersebut berjaya menarik perhatian kanak-kanak lain untuk berkawan dengan anak perempuannya.

Sumber: Elite Readers

 

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular