Seorang murid sekolah rendah yang bernama Lu di Nanning telah mencipta ampaian automatik yang dapat digunakan pada waktu hujan dan panas. Ampaian tersebut mengandungi penyangkut baju yang boleh masuk ke dalam secara automatik apabila hujan dan keluar semula apabila panas.

Lu berkata ilham itu diperoleh ketika dia terlupa mengangkat pakaian yang dijemur oleh ibunya yang menyebabkan pakaian tersebut basah akibat terkena hujan. Sejak kejadian itu, dia mula mengkaji dan belajar mengenai inovasi ampaian dari ayah dan gurunya dan telah memenangi hadiah utama pertandingan Guangxi Youth Science and Technology Innovation yang ke 34.

Ampaian automatik hujan-panas ini dilengkapi dengan sensor yang boleh mengesan kehadiran hujan.

“Apabila hujan, titisan hujan akan jatuh di atas sensor ini, kanopi akan terbuka dan penyangkut baju akan masuk ke dalam untuk mengelakkan pakaian daripada basah terkena hujan,” kata Lu. Apabila hujan berhenti dan cuaca panas, penyangkut baju akan keluar untuk mengeringkan semula pakaian.

Ciptaan baharu Lu ini dilihat mampu menyelesaikan masalah jemuran pakaian di tempat yang tidak berbumbung. Biarpun usianya masih muda namun ideanya sangat menarik dan kreatif. Tidak hairanlah jika dia dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan inovasi sains dan teknologi peringkat sekolah rendah tersebut.

Sumber: SINCHEW

Maybe you're interested :

Share

Video Popular