Wira sebenar dalam masyarakat biasanya bekerja tanpa mementingkan diri sendiri dan secara diam-diam berada di belakang tabir, menyelamatkan nyawa dan melakukan keajaiban setiap hari tanpa mahu memberitahunya kepada dunia.

Kakitangan perubatan adalah petugas paling sibuk tetapi kurang dihargai. Anda mungkin dapat membayangkan bagaimana rasanya berhadapan dengan tragedi manusia setiap hari. Mengetahui bahawa kadangkala, walaupun anda telah berusaha sedaya upaya yang mungkin, berita buruk pesakit perlu disampaikan kepada orang yang disayangi, jenis berita yang tidak mahu didengari oleh siapa pun.

Kerjaya yang mesti mengambil risiko paling besar terhadap kesihatan mental dan emosi bagi orang-orang yang sangat berani serta berdedikasi, apatah lagi ketahanan fizikal melalui masa syif selama 14 jam, tekanan kronik dan kekurangan tidur.

Andrea Pellerin/Facebook

Mereka yang memilih kerjaya jururawat bukan untuk wang atau prestij, tetapi kerana mereka mengambil peduli akan orang lain. Sudah pasti ia satu kerjaya yang sukar, tetapi ia boleh memberi ganjaran yang sangat besar. Kerjaya jururawat mampu membawa perubahan kepada kehidupan manusia yang tidak ternilai harganya.

Satu sebab mengapa sesetengah individu memutuskan bahawa mereka tidak dapat meneruskan kerjaya ini adalah kesakitan mental dan fizikal yang perlu ditanggung oleh jururawat iaitu berhadapan dengan jarum, darah, najis dan muntah yang akan ditemui setiap hari.

Andrea Pellerin, seorang jururawat berdaftar dari Covenant HealthCare di Michigan, memutuskan untuk menetapkan rekod itu secara nyata dengan memaparkan satu mesej penuh semangat di Facebook bagi membuka mata umum mengenai realiti kehidupan dalam profesion kejururawatan menurut perspektif sebenar.

Kata-kata Andrea yang kemudiannya telah dikongsi oleh rakan jururawat lain, Kayla Marie Thomas yang menyentuh hati ratusan ribu orang, dan sejak itu telah dikongsi oleh hampir 400,000 netizen di Facebook. Dalam dunia di mana cerita fiksyen seperti Avengers dan Game of Thrones seolah-olah menarik perhatian sehingga kelihatan benar, kadang-kadang kita semua memerlukan pemeriksaan realiti dan memberi peringatan kepada diri sendiri tentang siapa yang benar-benar adalah wira sebenar.

Andrea Pellerin/Facebook

Menurut Andrea,”Saya masih teringat ketika menulis di Facebook semasa saya baru pulang dari kerja selepas pertama kali membantu memulihkan seorang bayi baru lahir dalam satu kelahiran. Saya menangis di sepanjang perjalanan pulang dan tidak dapat berhenti memikirkannya. Saya berfikir bahawa ini adalah saat sebenar yang berada dalam benak hati setiap jururawat.”

Tambahnya, “Saya berfikir kembali kepada semua masa di mana saya menjadi benar-benar takut kepada pesakit saya. Tetapi seorang jururawat yang baik akan menunjukkan wajah mereka yang sentiasa tenang walaupun dalam ‘ribut’ yang sedang melanda untuk pesakit mereka. Maka tidak hairanlah orang lain sering berfikir bahawa berurusan dengan muntah adalah perkara terburuk yang menjadi sebahagian daripada tugas kami. “

Andrea adalah seorang jururawat dalam bidang obstetrik yang membantu pakar perubatan membawa kelahiran dan kehidupan baru seorang ibu dan bayinya ke dunia setiap hari. Andrea sentiasa mempercayai bahawa bahagian terbaik dalam pekerjaannya adalah menjadi sebahagian daripada saat terbaik kehidupan manusia.

Katanya, “Anda dapat melihat orang-orang yang paling kuat dan paling terdedah sedang melalui saat kehidupan. Dan anda berada di sana untuk menyokong mereka melalui saat-saat itu ketika mereka sedang berfikir tidak mampu untuk melakukannya.”

Andrea Pellerin/Facebook

Andrea berkata, “Bahagian yang paling sukar ialah apabila berhadapan perkara buruk, dan ia benar-benar buruk dan menyedihkan. Orang ramai melalui saat kehilangan orang tersayang, apabila hasilnya bukan apa yang kita mahu. Anda telah melakukan semua perkara sehabis baik sebagai seorang jururawat dan amat sukar untuk anda sekadar hanya menahan dan tidak peduli melainkan mengambil sebahagian daripadanya ketika pulang ke rumah dengan hati yang sedikit sakit.”

“Saya tidak akan berubah untuk melakukan perkara lain. Ini adalah tempat yang sesuai di mana saya berada. Hati saya sentiasa dalam bidang kejururawatan dan semangat saya adalah demi kesihatan wanita,” katanya.

Sumber : Bored Panda , Andrea Pellerin/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular