- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Penemuan mengejutkan menunjukkan apa yang berlaku pada tubuh setelah memakan mi segera

Apabila menyentuh aspek murah, mudah dan cepat disediakan serta lazat, mi segera lazimnya akan menjadi pilihan kita. Benarlah, ia mudah dan cepat untuk dimasak, jadi kita tidaklah berlapar begitu lama.

Oriental Daily [1]

Namun, tahukan anda berapa lama ia sebenarnya dicernakan di dalam tubuh setelah dimakan? Teruskan membaca untuk mengetahui kebenarannya….

Anda harus fikirkannya sekali lagi. Hal ini kerana, menurut Dr. Braden Kuo, seorang pakar gastroenterologist [2] daripada Massachusetts General Hospital baru-baru ini telah menjalankan kajian untuk mengetahui bagaimana tubuh manusia mencerna mi separuh masak ataupun yang dikeringkan.

Wikimedia [3]

Dengan menggunakan kamera bersaiz pil ubat, kesan memakan mi segera atau ramen dapat dilihat di dalam tubuh manusia. Hasilnya sangat memeranjatkan.

Access Aide|YouTube [4]

Mi atau ramen yang dibuat sendiri sudah dan terjamin kesegarannya mengambil masa selama 1-2 jam untuk dicerna manakala mi segera pula yang dilengkapi dengan pengawet seperti ‘tertiary-butyl hydroquinone’ (TBHQ) agak sukar untuk diuraikan – masih dalam keadaan yang sama dan tidak dicernakan selepas 2 jam dimakan.

“Saat yang paling menarik adalah semasa selang waktu 2, 4 dan 6 jam tahap penguraian mi segera berkenaan. Ketika 2 dan 4 jam, saiz mi adalah lebih besar dan lebih terbentuk berbanding mi segar yang dibuat sendiri. Hal ini membuktikan bahawa agak sukar untuk memecahkan zarah halus daripada mi segera semasa proses pencernaan,” jelas Dr. Kuo.

Rupa mi setelah 20 minit proses pencernaan

Access Aide|YouTube [4]

Rupa setelah 2 jam proses pencernaan – masih belum dicerna sepenuhnya

Access Aide|YouTube [4]

‘Tertiary-butyl hydroquinone’ (TBHQ [2]), merupakan pengawet utama di dalam mi segera yang dipercayai membawa kepada penyakit, meningkatkan risiko tumor dan barah, melemahkan organ jika dimakan secara rutin dalam jangka masa panjang.

Selain TBHQ, terdapat juga kompaun kimia yang dikenali sebagai ‘propylene glycol’ juga digunakan untuk mengekalkan tekstur mi segera apabila ia dimasak di dalam air panas.

Selain kimia-kimia yang terdapat pada mi segera, kandungan garam, sirap jagung, minyak kelapa sawit dan monosodium glutamat (MSG) serta beberapa bahan lain pada perencahnya juga turut mendatangkan kesan.

Malah, cawan mi segera tersebut juga terdiri daripada ‘bisphenol A’ (BPA) yang dapat meresap ke dalam mi segera apabila dimasak menggunakan air panas, seterusnya memasuki tubuh. Bahaya sungguh!

BPA yang lazimnya ditemui pada cawan mi segera merupakan satu kimia yang dapat memusnahkan metabolisme tubuh

 

Wikimedia [5]

“Kami tidak begitu pasti kesannya kepada tahap pencernaan, tetapi apa yang kami ada adalah imej visual yang menarik untuk memulakan perbincangan. Tetapi saya tidak boleh mengatakan dengan pasti pada ketika ini sama ada mi segera akan memberi kesan kepada kesihatan, pemakanan, mahupun penyerapan,” kata Dr. Kuo.

Dalam kajian Jurnal Nutrisi berkala, wanita di Korea Selatan yang makan lebih banyak mi segera didapati lebih cenderung mengalami sindrom metabolik. Mereka yang mempunyai sindrom metabolik berpotensi mengalami peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes.

Jika anda mengalami masalah untuk membuang amalan memakan mi segara, saranan yang diberikan oleh seorang profesor nutrisi dan epidimiologi daripada Harvard, Dr. Frank B. Hu, adalah makan mi segera sekali atau dua kali dalam satu bulan dibolehkan dan tidak membawa masalah.

Access Aide|YouTube [6]

Apa yang membimbangkan adalah jika anda makan beberapa kali dalam seminggu. Jadi, ubah gaya pemakanan anda segera ya!

Sumber: News18 [2]Access Aide|YouTube [6]

loading...