Pada bulan November 2018, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengumumkan bahawa tulisan Jawi akan digunakan dengan lebih meluas pada papan tanda jalan dan papan tanda bagi premis perniagaan di seluruh bandar. Keputusan ini dilakukan selepas Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan perkara ini perlu dilaksanakan di seluruh negeri.

Kredit: The Malaysian Times

“Tahun depan, kami akan memastikan pemilik premis perniagaan menggunakan tulisan Jawi di premis mereka dan di papan tanda mereka juga,” kata Presiden MPK, Datuk Fadzilla Salleh, menurut Malay Mail, sambil menambah bahawa tulisan ini akan diperkenalkan kepada papan tanda di Kuantan pada tahun 2019.

“Kami akan menggunakan tulisan Jawi yang pertama di jalan raya untuk Jalan Tengku Mahkota (jalan menuju ke Istana Abdul Aziz).”

Kredit: Sin Chew Daily

Menurut Sin Chew Daily, MPK baru-baru ini mengarahkan semua papan tanda promosi dan perniagaan perlu menggunakan tulisan dwi bahasa termasuklah tulisan Jawi. Arahan ini dilaporkan efektif mulai 1 Ogos 2019.

Menurut Sinar Harian, Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini bertitah mengenai perkara ini semasa majlis perasmian Program Memartabatkan Tulisan Jawi Negeri Pahang pada November 2018.

Portal Diraja Pahang

“Jawi perlu diajar di sekolah dan di peringkat tinggi juga. Pertandingan menulis Jawi juga boleh diadakan untuk meningkatkan penghargaan rakyat terhadap tulisan Jawi,” titah baginda.

Selain itu, dalam usaha menggalakkan penggunaan Jawi, baginda turut bertitah bahawa tulisan Jawi juga harus digunakan secara meluas dalam tanda jalan, premis perniagaan, pejabat, agensi kerajaan dan pejabat pendidikan negeri di Pahang.

Sumber: Sinchew, Sinar Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular