Pada 19 April lalu, telah berlangsungnya satu majlis gilang-gemilang di Istana Balai Besar yang menyaksikan persandingan diraja di antara Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra bersama wanita dari Sweden.

Kosmo!

Pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini telah disempurnakan oleh Datuk Aria Diraja merangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan iaitu Datuk Daud Mohamad sekitar jam 8.35 malam.

Sinar Harian

Sementara itu, khutbah pernikahan pula dibacakan oleh Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad.

Kosmo! Online

Perkahwinan diraja antara Tengku Mahkota Kelantan bersama wanita pilihan hatinya, Sofie Louise Johansson berlangsung secara tertutup dengan dihadiri oleh kerabat diraja Kelantan dan beberapa rakan terdekat kepada pasangan berkenaan.

Kosmo! Online

Kedua-dua mempelai kelihatan sangat segak dan cantik dengan mengenakan busana pengantin berona ‘peach‘. Majlis berlangsung dengan penuh adat istiadat dengan disertakan acara memotong kek setinggi empat tingkat!

Sinar Harian

Gambar menunjukkan kenderaan yang dinaiki oleh Dr Tengku Muhammad Faiz Petra bersama Puan Sofie Louise Johansson memasuki perkarangan Istana Balai Besar…

Fathil Asri

Semoga kedua-dua pengantin baru ini dapat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh keharmonian.

Sumber: SAYSKosmo! Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular