PERTH: Seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia dalam pesawat AirAsia perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth, awal pagi ini.

Memetik ABC News Australia sebagai berkata, penerbangan D7236 dari Kuala Lumpur mendarat di ibu kota Australia Barat itu pada 5.35 pagi.

Polis Australia Barat mengesahkan kematian bayi itu, sambil menambah tiada sebarang keraguan yang mengakibatkan kematian tersebut.

Pihak polis sedang membuat laporan untuk coroner manakala pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu dan akan menyediakan laporan kepada pegawai bertanggungjawab.

AirAsia ketika dihubungi mengesahkan kecemasan perubatan dilakukan membabitkan bayi berkenaan bagi penerbangan D7236 berkenaan.

“Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan perubatan bayi tersebut. Namun bayi dan keluarga yang terlibat dalam ingatan kami,” kata jurucakap AirAsia dalam satu kenyataan melalui e-mel yang dipetik The Star Online.

Jurucakap berkata, pesawat itu didatangi pakar perubatan dan pihak berkuasa berkaitan sewaktu ia tiba di lapangan terbang, termasuk Polis Australia Barat.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami sentiasa menjadi keutamaan kami, dan kru penerbangan memohon bantuan perubatan semasa pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth mengikut prosedur.

Sementara itu, seorang jurucakap AirAsia mengesahkan, ketibaan pesawat itu disambut pasukan pakar perubatan dan polis Australia Barat (WA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth di sini.

Seorang jurucakap media polis WA berkata, tidak wujud situasi mencurigakan berhubung kematian bayi terbabit.

Pegawai dilihat meninggalkan pesawat pagi ini membawa bukti berupa beg kertas besar berwarna perang.

Manakala, seorang kakitangan lapangan terbang dilihat membawa kereta bayi keluar dari pesawat.

Pesawat sama dijangka berlepas 6.50 pagi menggunakan kod D7237 dari Perth ke Kuala Lumpur, namun terpaksa ditunda akibat kecemasan.

Malah, sehingga jam 9.30 pagi waktu tempatan, pesawat masih berada di landasan sama.

Sumber: Berita harian, The Star, NST

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular