Keajaiban Kuil Gantung Xuan Kong Si yang terletak di Gunung Hengshan menjadi tarikan utama dan merupakan satu kunjungan wajib buat para pelancong ke Datong di wilayah Shanxi, China. Apa yang menjadi tarikan sehingga menyebabkan ramai pelancong berkunjung ke kuil bersejarah ini ialah reka bentuk serta seni binanya yang unik dan menakjubkan.

Kuil Gantung Xuan Kong Si masih berdiri megah dan kukuh walaupun kuil ini telah terbina selama lebih 1,500 tahun dalam keadaan seni binaan yang tergantung pada ketinggian 75 meter dari aras tanah.

Pixabay

Kuil ini dipercayai merupakan satu-satunya kuil yang dibina oleh para sami dengan tujuan asalnya bagi mengelakkan bencana banjir yang dahsyat. Disamping itu, lokasi strategik kuil yang dibina di tepi kaki Gunung Hengshan telah dapat melindunginya dari cahaya matahari yang terik, hujan lebat dan juga salji, dalam apa juga keadaan cuaca dan musim. Keutuhan Kuil Gantung Xuan Kong Si masih kekal bertahan selama lebih 1,500 tahun dan ia adalah satu perkara yang menakjubkan.

Facts Pod

Terdapat binaan 40 buah bilik dan ruang yang dihubungkan oleh laluan pejalan kaki, jambatan dan jalan dengan kuil gantung ini. Di sekitar kuil, terdapat lebih 80 buah ukiran patung yang diperbuat daripada tembaga, tanah liat dan besi yang telah dibina oleh para pengukir dari beberapa dinasti yang berbeza.

Kuil gantung yang berusia lebih 1,500 tahun terletak di kaki Gunung Hengshan berdekatan Datong di China dengan pemandangan menakjubkan seolah ia kelihatan terapung dan melawan graviti.

HAP/Quirky China News/Rex

Agak menakjubkan serta penuh keajaiban bagaimana ketelitian perekanya dalam pembinaan asal kuil gantung ini telah menyebabkan ia masih kekal kukuh dan wujud sehingga ke hari ini.

HAP/Quirky China News/Rex

Walaupun kesemua tiang yang menampung kuil gantung ini hanya berasal daripada kayu sebagai satu-satunya struktur sokongan yang utama.

HAP/Quirky China News/Rex

Pembinaan kuil gantung di kaki Gunung Hengshan menunjukkan pemikiran arkitek, jurutera, pembina dan ilmuwan di China sejak beribu tahun dahulu sudah mampu mencapai tahap ketamadunan yang tinggi dan mengagumkan.

HAP/Quirky China News/Rex

Percaya atau tidak, Kuil Gantung Xuan Kong Si merupakan satu-satunya kuil di dunia yang merangkumi tiga fahaman tradisional di China iaitu Buddha, Taoisme dan Confucius.

HAP/Quirky China News/Rex

Walaupun kuil gantung dibina di kaki gunung, para pelancong tidak akan mengalami kesukaran dan amat mudah mengunjungi kuil ini.

HAP/Quirky China News/Rex

Pemandangan dari atas kuil gantung amat mendamaikan.

HAP/Quirky China News/Rex

Struktur utama yang menampung kuil gantung ini menggunakan kayu oak yang telah berusia lebih 1,500 tahun yang dicacakkan pada batu gunung dan ia masih utuh menahan kuil ini.

HAP/Quirky China News/Rex

Kuil Gantung Xuan Kong Si pernah dibaik pulih dan dibangunkan semula pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Ia terus dipelihara sehingga kini.

HAP/Quirky China News/Rex

Dengan keunikan serta struktur binaan Kuil Gantung Xuan Kong Si yang menakjubkan serta penuh keajaiban, bangunan bersejarah ini terus menjadi tarikan utama buat para pelancong dari dalam dan luar negara.

Sumber : Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular